“Kami Tak Pernah Makan Pizza” : Akhirnya Cikgu Comel Ni Masak Pizza Untuk 32 Anak Murid

Posted on

Seorang guru di Sarawak bernama Cikgu Alia berhati sungguh mulia. Baru-baru ini kisahnya telah menjadi tular di laman sosial Twitter gara-gara dirinya yang begitu gigih membuat dan memasakkan 32 piza mini untuk kesemua anak muridnya yang bersekolah di pedalaman negeri Sarawak.

Pada mulanya Cikgu Alia telah mendengar dan mendapat tahu hampir kesemua anak muridnya tidak pernah memakan dan merasai piza. Guru sekolah rendah ini berasa simpati kepada semua kanak-kanak tersebut yang merasakan piza itu satu hidangan yang mahal.

Cikgu Alia atau nama sebenarnya Nuralia Nadera berasa amat tersentuh lalu telah mengambil inisiatif untuk membuat sendiri 32 piza mini supaya kesemua anak muridnya dapat merasai juadah kegemaran ramai itu buat pertama kali.

Cikgu Alia telah berkongsi kisahnya membuat piza mini tersebut untuk kesemua 32 orang anak muridnya.
Berikut adalah tweet yang dikongsi oleh Cikgu Alia dalam twitter nya;

‘Haritu ajar tajuk makanan dgn year 2. Then i ask, siapa pernah makan pizza? Nobody raised their hand. Then, sorang budak ni ‘cikgu, kami tak pernah makan, tu dia sorang ja pernah rasa pizza’

‘Pizza is like something realllllyyyy high end for them. Mcm kita beli makeup la. Kalau ada yg high end punya tu mmg jaga gila gila macam baby baru lahir. Gituuuu

“I feel very sorry for them. But yeah man, pizza hut is 2 hours away la paling dekat. So, i bgtau my mum. Luckily my mum mmg legend buat2 roti ni. And, taadaaaa mini pizza project for my minions. I hope that this is enough to give them their very first pizza experience ๐Ÿ˜‰”

Pizza Mini Yang Dihasilkan Cikgu Alia Khas Buat Anak Muridnya

Apa yang lebih menarik dan menggembirakan, piza mini telah dijamu kepada anak-anak ini pada hari kelahiran Cikgu Alia.

Finally, Semua Murid dapat merasai piza mini yang sedap dan lazat buatan air tangan Cikgu Alia.

Cikgu Alia menulis lagi
“By the way, the whole school gets to taste the pizza because its SKM and its only 32 of my kids. ๐Ÿ™† “

Satu sekolah dapat merasai pizza buatan Cikgu Alia memandangkan jumlah muridnya cuma 32 orang sahaja

Berikutan kisah Cikgu Alia yang menjadi tular, ramai yang telah memuji tindakan guru ini yang amat prihatian akan kebajikan serta perasaan anak-anak muridnya.

Tindakan Cikgu Alia telah mendapat pujian daripada kenalan dan netizen.

Terpancar wajah kegembiraan dan keriangan daripada anak-anak murid . Bertuah murid-murid bukan sahaja punya cikgu yang baik hati, malah cantik dan manis pula. Dapat pula makan pizza.

Sumber : Twitter Alia Nadiera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.