Kejayaan Isteri Bergantung Pada Reda Suami! Sedar Atau Tak – Kongsi Dr Liyana

Posted on

Jodoh adalah rahsia Allah SWT namun sebagai wanita kita mempunyai hak untuk memilih suami yang akan bersama saat susah dan senang. Dr Liyana Dhamirah yang juga pengacara bagi rancangan “My Doctors” bersiaran di Astro, baru-baru ini berkongsi di laman Instagramnya agar wanita meletakkan ciri lelaki yang sentiasa berkompromi kerjaya wanita sebagai calon suami.

Dr Liyana juga mengucapkan rasa syukur kerana dianugerahkan suami yang sentiasa menyokong sepanjang perjalanan kerjayanya dan sentiasa memberi galakan untuk dirinya melangkah lebih jauh. Sepanjang 8 tahun bergelar isteri kepada Muhammed Zuhdi Fong Khairil Anuar, Dr Liyana bangga kerana suami adalah penyebabnya maju ke hadapan.

“Seorang suami merupakan faktor utama kejayaan isterinya. Kalau sokongan dan dorongannya menjadi pemangkin semangat isteri, sudah pasti isteri itu pasti berjaya. Kehidupan wanita zaman moden ini sebenarnya adalah multi fungsi dan boleh membawa banyak peranan dalam hidup.

Tetapi wanita juga senang terg4nggu dengan situasi dan keadaan. Jika dia tidak gembira atau tidak rasa dihargai maka em0sinya senang terg4nggu. Apabila em0si terg4nggu sudah semestinya akan menyebabkan kualiti kerja senang terjejas apatah lagi untuk mengapai cita-citanya,” tutur Dr Liyana ketika dihubungi.

Tidak sal4h meletakkan standard tertentu dalam mencari calon suami. Menurut Dr Liyana ciri-ciri suami sejati adalah suami yang pandai menghargai isterinya dan sentiasa bertolak ansur dalam semua keadaan. Sikap hormat menghormati antara satu sama lain adalah amat penting, jadi mementingkan diri sendiri tu harus dijauhi.

Pas4ngan yang sudah lama berkahwin perlu mengambil inisiatif untuk mengeratkan hubungan agar rumah tangga kekal harmoni. “Bagi saya pas4ngan yang sudah lama berkahwin perlu sentiasa ingatkan satu sama lain agar sentiasa disayangi dan dihargai. Don’t forget your hugs and kisses and I love you, everyday!

Melalui dengan tutur kata dan perbuatan. Jangan mengharapkan pas4ngan faham isi hati anda. Masa lapang saya bersama suami gemar menghabiskan masa bersama dengan menonton wayang, bersiar-siar dan mesti pergi holiday 4 bulan sekali.

Apabila diajukan pertanyaan tentang pandangan sesetengah wanita yang tidak mahu bersuami kerana mengejar kerjaya, bicaranya, “Itu adalah hak individu, kerana ada orang tidak boleh membahagikan perhatiannya kepada banyak benda pada satu masa. Sekiranya kerjaya boleh memberi kepuasan dan kebahagiaan hidup pada mereka saya rasa memang tak sal4h,” katanya.

Bercerita tentang perkembangan terbaharunya, “Saya sudah 12 tahun bekerja sebagai seorang doktor dan sekarang sedang melanjutkan sub-kepakaran dalam bidang Dermatologi (kulit) sambil bekerja sebagai Pakar Perubatan dan Pensyarah.

Sumber: mediaohsem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.