Sebaik Kmenangan BN Di PRK Cameron, Tun M Beri Kata Dua Ikhtibar Pakatan Harapan Bagi PRK Seterusnya

Posted on

Rakyat perlu rasa malu terus sokong UMNO – Dr Mahathir

LIPIS: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat perlu berasa malu untuk terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya terkenal dengan bekas presiden kleptookratnya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata bukan saja kedua-dua parti itu ditolak rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, malah bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa atas berpuluh tuduhan salahguna kuasa ketika pemerintahannya, turut ditolak anggota partinya sendiri.

“Dalam PRU-14, BN buat kali pertama ditolak kerana dipimpin seorang penyaangak, satu dunia tahu dan panggil dia kleptokrat, itulah nama diberi kepada Najib.

“Tak malukah kita? (sokong Najib lagi). Sebab itu kita semua buang Najib daripada jadi perdana menteri dan UMNO pula buang Najib daripada jadi presiden parti,” katanya di hadapan ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands di Sungai Koyan, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan calon PH bagi PRK berkenaan, M Manogaran.

Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden UMNO selama 22 tahun, turut menzahirkan keyakinan bahawa parti tertua negara itu bersama-sama parti komponen BN sudah tidak mempunyai masa hadapan dalam landskap politik negara.

Malah, dakwanya, ramai daripada anggota UMNO yang mahu menyertai BERSATU dan PH, termasuk Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang berjumpa dengannya dan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan BERSATU.

Sepatutnya, kata beliau, parti itu tidak perlu lagi meletakkan calon dalam PRK berkenaan.

“Toksah (tidak perlu) bertanding lagi, orang UMNO sendiri tolak UMNO, ramai minta nak masuk BERSATU dan PH sebab tak percaya lagi pada UMNO, ini apa lagi nak pilih orang UMNO, dah tak ada dah UMNO, yang ada parti penyangak.

“Jadi, buat apa nak pilih satu orang (calon BN, Ramli Mohd Nor), apa dia boleh buat? Biarlah dia Orang Asli, kita juga layan Orang Asli, tapi ini nak tipu Orang Asli, ambil Orang Asli jadi calon,” katanya.

Ditanya mengenai gelaran Najib sebagai ‘King of Troll’, Dr Mahathir ketika ditemui pemberita sebaik selesai Solat Jumaat bersama jemaah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, berkata bekas Perdana Menteri itu hanya mencari simpati bagi mendapatkan sokongan semula daripada rakyat selepas berdepan pelbagai tuduhan di mahkamah.

Beliau berkata tindakan anggota Parlimen Pekan itu dilihat sebagai antara usahanya untuk menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat kononnya beliau dianiaya

Dr Mahathir turut mengulangi, pemilihan Manogaran sebagai calon PH adalah tepat dan mendapat sokongan penuh daripada semua parti di bawah PH dan tidak timbul isu pemilihan calon berketurunan India itu tidak sesuai.

“Tepat, tepat, insya-Allah , bukan dia sorang saja, kita semua (di) belakang dia.

“Kadang-kadang di tempat lain orang India terpaksa sokong orang Melayu, di sini orang Melayu (pula) sokong orang India. Tetapi kita kalau tak sokong dia, tempat lain dia tak sokong kita, kita kalah la,” katanya.

“Saya nak merayu sama ada yg pakai baju merah (baju PH) atau yang tak pakai, sama ada Melayu, Orang Asli, India atau Cina, jangan sesekali undi BN atau calon UMNO, undilah PH…tunjuk kita sedar nasib kita di tangan kita, kalau silap undi, kita jadi mangsa, sebaliknya kalau undi PH nasib kita lebih terjamin,” katanya.

PRK ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Manogaran, bekas pesara Polis Diraja Malaysia Ramli Mohd Nor mewakili BN dan dua calon Bebas iaitu bekas pensyarah Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan petani tempatan, Wong Seng Yee.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh dari BN pada PRU-14, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Ini Kata-kata Najib Sebaik Calon BN Menang PRK Cameron Highlands

Bekas perdana menteri Najib Razak tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah ke atas kemenangan calon BN Ramli Mohd Nor dalam PRK Cameron Highlands.

Menyifatkan kemenangan itu sebagai kemenangan rakyat, Najib berterima kasih kepada pengundi yang memilih BN.

” Syabas kepada jentera Barisan Nasional di PRK Cameron Highlands.

” Tahniah saudara Ramli Mohd Nor, ahli parlimen Cameron Highlands yang baru.

” Terima kasih kepada semua pengundi yang memilih BN termasuk di Felda, kampung tradisional dan pos Orang Asli.

” Ini adalah kemenangan rakyat!” katanya melalui Twitter.

Mat Hasan: Kerjasama PAS faktor kemenangan BN

8.15pm: Tanah Rata – Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas presiden, Mohamad Hasan berkata kemenangan BN adalah hasil dari kerjasama dengan PAS.

“Banyak faktor yang menyebabkan kita dapat mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands. Antaranya faktor calon, faktor penyatuan ummah, gerak kerja dan kerjasama antara Umno dan PAS nampaknya membuahkan hasil yang amat baik.

“Hasrat kita nak memperkasakan agenda penyatuan Melayu dan Islam bermula di Cameron Highlands. Dan ia juga satu referendum rakyat terhadap ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi kerajaan PH,” katanya kepada pemberita.

Ramli Mohd Nor Orang Asli pertama jadi ahli parlimen

Calon BN Ramli Mohd Nor diumumkan secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.

Ia merupakan kemenangan pertama buat BN sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14, sementara Ramli mencatat sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi ahli parlimen.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Ramli menang dengan 3,238 majoriti undi selepas meraih 12,038 undi keseluruhan.

Pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran meraih 8,800 undi.

Dua calon bebas yang bertanding pula, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing meraih 276 dan 314 undi. Kedua-dua mereka dijangka kehilangan deposit.

Peratus keluar mengundi adalah 68.79 peratus, yang merupakan jumlah paling tinggi dalam semua PRK sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Sementara bagi Manogaran, ini merupakan kekalahan kali ketiganya di Cameron Highlands. Ini merupakan kali pertama beliay bertanding sebagai calon parti pemerintah.

Sumber : malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.