Wajah Terkini Suhaila Sulaiman, Isteri Pelakon Handalan Yang Setia Menyokong Karier Seni Suami.

Posted on

Penangan filem Gila-Gila Remaja pada 1986 berjaya melonjakkan nama pelakon lelaki handalan, Faizal Hussein. Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati satu persatu jalan cerita filem tersebut dan lebih mengenali Faizal sebagai gelaran Roy.

Kehebatan anak kepada seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap utuh sehingga sekarang meskipun usianya kini mencecah 50 tahun.

Di sebalik kejayaan yang digapai Faizal, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon. Pernah bergandingan bersama-sama dalam drama Sayang Puteri, Suhaila Sulaiman kini berusia 41 tahun dan lebih memberi tumpuan kepada keluarga selain membuat perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah.

Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun, Faizal dan Suhaila dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang kini berusia 12 tahun dan seorang anak lelaki bernama Fazrick. Mengamati wajah kedua-dua permata hati pasangan romantis ini, tidak syak lagi mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila.

Paling menarik perhatian, cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh tumpuan. Apa saja yang diminati anak-anak, baik Suhaila mahupun Faizal, mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick. Misalnya, ketika anak lelaki mereka menyertai pertandingan robotik, World of Robotics National Championship 2017 baru-baru ini.

Berikut foto-foto terkini yang dikongsikan Suhaila di Instagram miliknya.

Bersama Isteri Tersayang

Keluarga Bahagia

Berkesempatan dengar ceramah al fadhil ustaz harryanto rizal rokman. Enjoy!!

suhailasulaiman76: Family bonding

Faizal Hussein masih jadi buruan hingga kini

LEBIH tiga dekad berada dalam industri dan masih kekal relevan sehingga ke hari ini merupakan pencapaian peribadi terbaik buat pelakon berkarakter, Faizal Hussein, 50.

Meskipun pelakon baru datang silih berganti, bapa kepada dua anak, Fazryn, 12 dan Fazrick, 9, masih berada di tempatnya yang tersendiri.

Muncul buat pertama kali di depan kamera ketika berusia lima tahun, Faizal mula menerima pendedahan awal apabila diminta rakan bapanya, seniman Hussein Abu Hassan untuk memenuhi salah satu peranan pelakon kanak-kanak dalam filem hitam putih, Darah Panglima (1972) yang menampilkan bapanya sebagai hero.

“Ketika itu memang saya belum tahu apa-apa lagi, tapi itulah pendedahan awal di mana saya diperkenalkan dengan set dan cara bagaimana produksi bekerja. Saya sempat berlakon tiga buah filem hitam putih.

“Selepas tu saya tak berlakon lagi sebab nak tumpu pada pelajaran sehinggalah pada tahun 1984 ketika sedang menunggu keputusan SPM. Pengarah Z. Lokman mengajak saya berlakon dalam filem arahannya, Bujang Selamat.

“Pada mulanya saya tidak begitu minat berlakon, tapi bila dah mula kerja sepenuh masa dalam bidang ini, saya cuba beri yang terbaik dan memastikan penampilan saya berbaloi,” katanya.

Meskipun kedua ibu bapanya cukup dikenali dalam bidang seni, Faizal tidak pernah menjadikannya sebagai batu loncatan untuk mudah dikenali dalam bidang seni, sebaliknya dia berusaha mencipta nama dengan usahanya sendiri.

“Mungkin orang fikir jalan saya dalam industri mudah kerana saya anak Hussein Abu Hassan, pelakon dan juga pengarah yang ramai orang kenal, tapi mereka tidak tahu bagaimana saya berusaha memberikan kerja yang terbaik dalam setiap penglibatan saya.

“Platform tu memang dari ayah saya tapi selebihnya bergantung kepada bagaimana cara dan kualiti kerja saya. Secara logiknya orang tidak akan ambil saya berlakon lagi jika saya tak ikut apa yang mereka nak,” katanya.

Nama Faizal mula menjadi sebutan ramai apabila membintangi filem Gila Gila Remaja (1986) yang berjaya meraih kutipan pecah panggung, malah gaya ‘rambut ekor’ yang diperkenalkan menerusi watak Azroy juga menjadi ikutan ramai ketika itu.

“Saya pun tak sangka watak Azroy boleh beri besar dalam kerjaya seni saya, tapi itulah yang berlaku bila kita ikhlas buat kerja tanpa sibuk nak fikir pulangannya.

“Bermula dari situlah saya dapat pelbagai tawaran berlakon, bayaran pun makin meningkat. Saya anggap itu sebagai satu pencapaian buat saya ketika itu,” imbas Faizal.

Digilai peminat wanita

Sehingga kini Faizal telah berlakon hampir 50 filem termasuk Mati Hidup Semula (1986), Tak Kisahlah Beb! (1989), Kanta Serigala (1991), XXRay (1992), Fantasi (1993), KL Menjerit (2002), Abuya (2011), Bunohan (2012) dan Kapsul (2015).

Sementara untuk tahun ini, Faizal bakal muncul dengan lima filem iaitu Tujuh, Aku Abang Long Rajawali, Buntat, KL Wangan dan Tombiruo.

Menurut Faizal, dia tidak mempunyai formula tertentu untuk kekal berada di dalam industri, namun apa yang menjadi amalannya dari awal berada dalam industri sehingga hari ini adalah memberikan yang terbaik dalam apa pun kerja yang dilakukan.

Baginya, peluang dulu tidak banyak sebagaimana yang ada hari ini kerana tidak mudah untuk seseorang pelakon itu mendapat tawaran dalam satu masa.

“Bila selesai satu-satu penggambaran yang kita buat, entah bila pula dapat tawaran baru. Sebab tu pelakon dulu sangat menghargai setiap tawaran yang mereka dapat.

“Masing-masing bekerja dengan sehabis baik dan tidak pernah ada cerita pelakon meninggalkan lokasi walaupun ada masalah berlaku,” ujarnya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin (2012).

“Tidak kurang juga yang hantar surat dan macam-macam hadiah di rumah hingga saya tak tahu nak buat apa melainkan nak kata terima kasih atas sokongan mereka kepada kerjaya saya,” akhirinya.

Sumber foto : instagram suhailasulaiman76, nona.my via inarharian.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.