Kekasih Hadiahkan Ruhainies Jam Tangan RM17,000

Posted on

Kecoh kebelakangan ini apabila netizen mula bercakap mengenai jam tangan Ruhainies yang bernilai RM17,000. Mengakui nilai jam tangan itu benar, Ruhainies memberitahu jam itu dihadiahkan oleh kekasihnya tahun lalu.

“Jam ini sudah lama saya pakai, tapi tak tahu kenapa orang baru bercakap. Disebabkan kekasih seorang pengumpul koleksi jam tangan edisi terhad, jadi dia pun menghadiahkan saya seutas jam tangan”

“Orang bagi hadiah, takkan kita nak tolak? Lagipun dia kekasih saya, apa salahnya? Saya bukan jenis orang yang meminta. Apa yang diberi saya ambil. Tahun lalu pun pelbagai hadiah diberikan”

“Ini pertama kali saya pakai jam berharga belasan ribu ringgit. Saya pernah beli sendiri, tapi tidaklah semahal itu. Saya beli mengikut kemampuan saja. Kalau cincin nak merisik atau bertunang belum lagi”

Selain itu, sebelum ini juga kekasih Ruhainies yang dikenali sebagai Mr E pernah menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas sebagai tanda cinta mereka dan melamarnya berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan, Itali.

“Selepas itu, baru fikir saya pula. Kami sudah ada perancangan ke arah itu, cuma belum ditetapkan bila. Kalau boleh, biarlah kami fokus pada kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada jodoh tak ke mana,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.