Keputusan PKP penuh dilanjut atau ditamatkan hari ini

Posted on

Kerajaan dijangka mengumumkan keputusan berkaitan pelanjutan atau penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang bakal berakhir 28 Jun ini hari ini.

Keputusan berkaitan perkara tersebut dijangka diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini.

Berdasarkan situasi jangkitan Covid-19 semasa, PKP penuh berpotensi untuk terus dilanjutkan buat satu tempoh oleh kerajaan.

Semalam, jumlah kes positif Covid-19 mencatatkan angka 5,803 kes, manakala 5,812 kes pada Jumaat dan 5,841 kes (Khamis).

Ia sekali gus menjadi petanda bahawa PKP penuh bakal dilanjutkan memandangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya akan menamatkan PKP Fasa Satu sekiranya jumlah jangkitan Covid-19 kurang daripada 4,000 kes selama tujuh hari berturut-turut.

sumber: Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.