Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN, Ramli Mohd Nor memenangi PRK Cameron Highlands selepas mendapat 11,320 undi, iaitu lebih separuh dari kira-kira 22,000 undi.
Calon PH pula mendapat 6,942 undi.
Ramli mendahului lebih 5k majoriti
6.40pm: Tanah Rata – Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN yang kini sudah mendapat 10,237 undi semakin hampir untuk mendapat kemenangan.
Pesaing terdekat Manogaran setakat ini hanya mendapat 4,338 undi, iaitu ketinggalan 5,899 undi.
Calon bebas Salehudin dan Wong masing-masing mendapat 252 undi dan 141 undi.
Peratusan Orang Asli keluar mengundi tinggi
6.24pm: Tanah Rata – Berdasarkan keputusan awal, peratusan keluar mengundi di pusat daerah mengundi majoriti Orang Asli agak tinggi.
Pusat daerah mengundi seumpamanya sering dianggap sebagai kawasan pengundi yang menyokong BN.
Bagaimanapun, prestasi PH dilihat meningkat di daerah mengundi Pos Sinderut dan Pos Lenjang.
Undi diraih calon BN hampir cecah 10k
5.58pm: SMK Sultan Ahmad Shah – Keputusan semasa yang dipaparkan di pusat pengiraan undi SPR menunjukkan BN terus mendahului.
Ramli setakat ini mendapat 9,463 undi berbanding Manogaran yang memperoleh 3,592 undi.
Calon bebas Salehuddin dan Wong masing-masing mendapat 202 dan 90 undi.
Ramli mendahului dengan lebih 3k undi
Menurut keputusan tidak rasmi yang diperoleh daripada sumber BN untuk enam daerah mengundi, calon BN Ramli Mohd Nor mendahului dengan 3,442 undi.
Sementara calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran mengekor dengan 855 undi.
Calon bebas Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib pula masing-masing setakat ini mendapat 12 dan 109 undi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : malaysiakini