Ketua Armada Kelantan meninggal dunia akibat serangan jantung

Posted on

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz, 36, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pohon Buluh, di sini, pagi, hari ini.

Beliau meninggal dunia pada 6 pagi, selepas selesai bersahur dipercayai akibat serangan jantung.

Setiausaha Akhbar Armada Kelantan, Che Isham Sharudin Che Hamat Nordin mengesahkan perkara itu.

Katanya, pemergian Muhammad Amiin Ridhuwan secara mengejut adalah satu kehilangan yang besar kepada seluruh kepimpinan di peringkat pemuda.

“Jenazah Allahyarham masih di Hospital Pasir Mas untuk pemeriksaan lanjut.

“Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benta, Kampung Pohon Buluh di sini, selepas solat Zuhor,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, Allahyarham meninggalkan dua isteri dan lapan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.