“Kita Asalnya PENDATANG, Kita telah Diterima Baik Oleh Melayu, Mengapa Tidak Jaga Hati Melayu?”-Fahami Betul-Betul Sejarah Ini

Posted on

Kenapa ‘ong tak ong’ hanya di kawasan majoriti Melayu?

Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan masyarakat Cina supaya menjaga sensitiviti dan menghormati budaya masyarakat majoriti Islam di negara ini.

Peringatan beliau sebagai menempelak kenyataan pemaju Grace Residence di Jelutong, Pulau Pinang berhubung pandaran cahaya lampu dari bangunan berkenaan yang kelihatan seperti salib.

Memetik laporan sebuah portal berita, jurucakap Nova Mulia Development Sdn Bhd menjelaskan bahawa gambar itu diambil ketika bangunan berkenaan masih belum siap sepenuhnya, dan kebetulan ia kelihatan seperti salib.

Syarikat berkenaan dilaporkan mendakwa, cahaya pada bangunan itu sepatutnya menunjukkan abjad Cina (王), bermaksud wang (raja) atau ‘ong’ (nasib baik).

“Kalau nak buat ‘Ong’ pun jagalah sensitiviti Melayu. Inilah akibatnya bila tak faham cara hidup budaya Melayu. Jika mahu ambil kira ‘ong’ tak ‘ong’ bukan di Malaysia, tetapi di negara China.

“Selaku orang Cina, saya ingatkan orang Cina bahawa kita hidup dalam masyarakat majoriti Melayu Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, bagi mengulas isu itu, hari ini.

Kita asalnya imigran. Kita telah diterima baik oleh Melayu, kenapa tidak jaga hati Melayu?

-Ridhuan Tee berkata, orang Melayu sudah lama menjaga hati kaum Cina sehingga mereka boleh membina empayar dan menjadi kaya di negara ini.

“Setelah tinggal di sini bergenerasi, takkan tak faham lagi cara hidup pribumi. Kita asalnya imigran. Kita telah diterima baik oleh Melayu, kenapa tidak jaga hati Melayu?

“Bukan itu saja, pribumi telah jaga hati kita dengan beri kita amalkan cara hidup kita sepenuhnya. Tidak cukup lagi, ditambah dengan beri sekolah Cina beroperasi ‘secina cinanya’,” katanya.

Beliau mengulangi gesaannya supaya rakyat Malaysia yang tidak memahami sensitiviti bangsa majoriti diberikan kursus, bagi menangani kewujudan lebih ramai puak ultra kiasu pada masa depan.

“Saya tidak boleh bayangkan bagaimana boleh wujud tanah perkubburan Cina dalam skala yang amat besar di kawasan majoriti Melayu di Semenyih.

“Pergilah ke Semenyih, terdapat lebih daripada tiga tanah kubbur berskala besar ribuan ekar kepunyaan syarikat berlainan. Yang hairannya, masalah ‘ong’ hanya berlaku di kawasan majoriti Melayu, kenapa tidak ada ‘ong’ di kawasan majoriti Cina.

“Saya kira pihak berkuasa yang meluluskan kawasan perkubburan ‘ong’ di kawasan majoriti Melayu amat berlaku tidak adil kepada orang Melayu,” katanya.

Mengenai pancaran lampu di bangunan itu, Ridhuan Tee berkata, iman beliau langsung tidak tergugat melihat lambang salib itu, malah tidak kisah jika mahu ditunjukkan, tetapi biarlah bertempat.

“Ingat! Negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu Islam, bukan Kristian atau salib. Kenapa bila buat rumah hanya kira ‘ong tak ong’.

“Jagalah hati Melayu, sebab mereka terlalu banyak diguris dan terguris,” katanya.

sumber: www.ismaweb.net via sepatuputih via realmerah

SEJARAH KEDATANGAN IMIGERAN CINA KE TANAH MELAYU

Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.

Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.

Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lain-lain.

Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini.

Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangun melalui perusahaan Getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan. Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu.

Kedatangan Buruh Cina.
Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi.

Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau (Ketua), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.

Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.

Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang merek suka. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.

Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan. Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari China pada bulan Mac 1872. Ia adalah bertujuan untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.

Beberapa undang-undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh. Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan dengan sistem pengambilan kakitangan ataupun pengambilan rumah kongsi.

Sistem Pengambilan Kakitangan
Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.

Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya.

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi.
Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

Secara Berkumpulan (Foochow)
Pada awal abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di Sarawak. Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.
Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adanya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang.
Lebih kurang 570 orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan Mac. Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam

Sumber: merboktimes.blogspot.com

Reaksi Rasulullah SAW terhadap salib

1. Menurut Saidatina Aisyah, Rasulullah ﷺ sangat sensitif dengan lambang salib. Perkara ini diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyebutkan:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ

“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ tidak akan meninggalkan sesuatu yang mempunyai lambang salib di dalam rumahnya melainkan Baginda akan mengubah lambang tersebut. (HR al-Bukhari).

2. Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadith ini menggambarkan betapa Rasulullah ﷺ tidak redha terhadap syiar kekufuran. Bahkan syiar ini adalah satu pendustaan ke atas Nabi Isa. Ini kerana di dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Isa tidak pernah disalib. Firman Allah:

وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ

“Dan mereka berkata: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa bin Maryam (iaitu seorang) Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuh beliau bahkan mereka tidak juga menyalibnya akan tetapi mereka telah dikelirukan.” (Surah al-Nisa’: 157).

3. Reaksi yang sama turut dilakukan oleh Saidatina Aisyah. Saidatina Aisyah pernah meminta seorang wanita supaya meninggalkan kain yang mempunyai lambang salib. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam Ahmad yang menyebutkan:

كُنَّا نَطُوفُ بِالْبَيْتِ مَعَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، فَرَأَتْ عَلَى امْرَأَةٍ بُرْدًا فِيهِ تَصْلِيبٌ، فَقَالَتْ أُمُّ الْمُؤْمِنِينَ: ” اطْرَحِيهِ اطْرَحِيهِ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى نَحْوَ هَذَا قَضَبَهُ

“Kami pernah menunaikan tawaf bersama dengan Ummul Mukminin Aisyah. Apabila beliau terlihat kain yang terdapat lambang salib pada seorang wanita, Aisyah lantas berkata: Tinggalkan kain ini, tanggalkannya. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ sekiranya Baginda melihat lambang salib, maka Baginda akan mencabutnya.

4. Begitu sensitif Rasulullah dan Saidatina Aisyah dengan lambang salib. Lambang ini telah menjadi syiar kekufuran bahkan syiar penipuan ke atas Nabi Isa.

5. Bahkan di dalam hadith yang sahih, Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa apabila tiba hari kiamat nanti, Nabi Isa sendiri akan menghapuskan lambang salib. Sabda Rasulullah:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا، فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ

“Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan akan turunnya Nabi Isa dan Baginda akan menjalankan hukuman yang adil dan menghapuskan (lambang-lambang) salib.” (HR al-Bukhari).

6. Adalah tidak menjadi kesalahan bagi orang yang beriman untuk merasa sensitif dengan syiar kekufuran. Ini adalah Sunnah Rasulullah, iaitu tidak redha dengan kekufuran.

Jangan pula ada dikalangan kita nanti yang berkata: “Alah, iman kau ni lemah. Takkan tengok salib pun nanti jadi kafir.” Sanggupkah kita meluahkan perkataan sedemikian kepada Baginda Nabi? Apakah iman Baginda Nabi tidak kuat seperti kita? Astaghfirullah.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

Sumber: www.indahnyaislam.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.