Konsert Justin Bieber Di Singapura 7 Oktober Ini

Posted on

Mesti ramai yang teruja dengan berita kali ini, terutama sekali gadis-gadis remaja. Penyanyi kegemaran ramai, Justin Bieber akan mengadakan konsert di di Stadium Nasional Singapura pada 7 Oktober ini.

Untuk konsert ‘Purpose World Tour’ kali ini, Bieber akan mempersembahkan kesemua lagu hit nyanyiannya, “What Do You Mean? dan “Love Yourself”. Jika anda bertuah, Bieber mungkin akan menyanyikan lagu popular “Despacito”.

Tiket akan mula dijual pada 22 Julai ini bermula 10 pagi menerusi laman web Sport Hub.

Harga tiket bermula S$148 (RM460) – S$228 (RM709). Untuk pakej VIP pula berharga S$1898 (RM5,904) berserta tiket akses ke belakang pentas dan jemputan VIP Lounge.

Jika anda tidak berpeluang untuk mengikuti konsert jelajah di Singapura, jangan risau! Anda boleh sertai konsert Bieber di Hong Kong, Jepun dan Filipina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.