“Korang Kecam Ibu Mengandung, Esok Lusa Korang Pulak Kena”

Posted on

Kini hamil anak sulung, bagaimanapun foto terbaru Nina Iskandar yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya dikecam apabila pakaiannya dikatakan terlalu ketat dan tidak sesuai dengan wanita hamil.

Berikutan kecaman dan kata-kata negatif netizen, Nina bertindak menutup ruangan komen foto tersebut. Menerusi Insta Story, Nina memuat naik status meluahkan rasa bengang mengingatkan netizen supaya tidak mengajarnya cara untuk berpakaian.

Ujarnya lagi, dia berhak untuk menikmati setiap memori sepanjang proses kehamilannya. Jelasnya lagi, dia masih waras untuk memilih pakaian yang bersesuaian dengan keadaan dirinya yang berbadan dua.

“Saya tidak wajib berpakaian bagaimana anda mahu saya gayakan. Saya tidak berpakaian untuk menggembirakan orang lain. Jadi jangan beritahu saya cara berpakaian, cara hidup saya. Saya berhak menikmati setiap saat perjalanan kehamilan, sama ada anda suka atau tidak.

“Ingat gila ke apa nak pakai tak selesa untuk baby? Tidak ada lagi pakaian yang sesuai dengan saya, dah tentu-tentu pakaian yang saya pakai untuk wanita hamil jika anda bimbang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nina turut memberikan nasihat kepada netizen supaya berfikir terlebih dahulu sebelum memberikan komen bimbang suatu hari nanti terkena batang hidung sendiri.

“Oh saya lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada netizen. Dalam pada korang busuk hati, cakap macam-macam kat I tau kecam je, rezeki I melimpah ruah.

“Tidak dilupakan pahala percuma juga! Dan ingat, korang kecam ibu mengandung sekarang. Esok lusa akan terkena pada korang juga. Mungkin pada diri anda. Mungkin pada isteri anda. Mungkin pada anak anda,” ujarnya.

Nina Iskandar mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan atau Lan Lebah pada April lalu dan majlis resepsi diadakan pada Ogos lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.