Kuala Krai: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dihanyutkan arus kuat di Sungai Rek, dekat sini, jam 1.30 petang tadi.
Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan penduduk yang kebetulan berada di lokasi kejadian selepas terdegar jeritan kanak-kanak itu meminta tolong.
Menurut saksi kejadian, Husin Abdullah, 51, berkata, kawasan Sungai Rek menjadi tumpuan orang ramai untuk mandi.
Katanya, kanak-kanak terbabit juga mandi bersama ahli keluarganya.
“Kanak-kanak itu tiba-tiba dihanyutkan arus kuat sejauh 30 meter sebelum diselamatkan seorang penduduk yang ketika itu mandi (di kawasan) berhampiran.
“Nasib cepat bertindak jika tidak kanak-kanak berkenaan akan terus dihanyutkan arus deras dan sungai berbatu itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian petang ini.
Seorang lagi pengunjung, Mohd Yusoff Abu Bakar, 49, pula berkata, mereka terdengar jeritan kanak-kanak itu meminta tolong dalam keadaan tenggelam timbul.
“Nasib cepat (sempat) diselamatkan,” katanya.
sumber : Metro