“Laki Bini Gaduh Paling Lama 6 Bulan Je, Lepas Tu Rujuk Balik”

Posted on

Sudah beberapa kali berdepan kegagalan dalam rumah tangga, bekas isteri Da’i Farhan iaitu Dr. Erin menasihati kaum hawa supaya tidak terlalu membangga diri atas pengorbanan isteri dalam rumah tangga.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi menegaskan bahawa suami atau isteri ada pengorbanan mereka masing-masing dan tanpa suami kita tidak akan menjadi seorang isteri atau ibu.

“Wahai Hawa jangan lah kita menjadi wanita yang hanya ingin orang melihat pengorbanan kita sahaja. Tanpa Adam yang sudi memperisterikan kita belum tentu kita menjadi permaisuri dan tanpa suami belum tentu kita merasa menjadi seorang Ummi (Ibu).

“Suami atau isteri masing-masing ada pengorbanan dalam rumahtangga ni,” katanya.

Tambahnya lagi, suami isteri kebiasaaanya tidak akan mengambil masa yang lama untuk bergaduh dan paling lama hanya enam bulan sahaja. Erin juga menitipkan pesanan kepada netizen supaya tidak masuk campur hal rumah tangga orang.

“Laki bini yang dok gaduh ni paling lama 6 bulan je, ada yang dah rujuk balik dah pun tapi netizen yang dok maki hamun kutuk sampai lebam tu bawak dosa sampai liang lahad.

“Kiamat esok nak kena cari mereka yang kita kutuk. Berbaloi ke? Kita mudahkan orang lain Allah mudahkan kita.

“Hidup baik-baik dalam kasih sayang, saling mendoakan dan memahami apa yang harus terjadi tetap akan terjadi walaupun kita tak reda dan tak rela. Beralah bukan erti mengalah. Mengalah bukan bererti kalah,” tegasnya.

Sebelum ini, Erin mendedahkan sudah diceraikan Da’i Farhan pada 27 April lalu sebelum berkongsikan berita sedih mengalami keguguran pada 19 Jun.

SUMBER: ASTRO GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.