Kisah yang dipaparkan ini telah berlaku beberapa tahun lalu. Mungkin ramai yang pernah membaca kisah yang telah tular di media sosial ini.
Memandangkan negara kita sekarang agak heboh dengan kisah perkauman yang sedikit sebanyak menggugat hubungan harmoni antara kaum, ada baiknya kisah sebegini dijadikan teladan oleh semua tidak mengira kaum.
Sedar tak, kita kadang kala ada kecerendungan untuk menilai seseorang dengan hanya melihat mereka. Tanpa mengenali dan mengetahui cerita yang sebenar kita mungkin akan menyebarkan cerita yang tidak benar tentang mereka.
Seperti cerita kali ini, seorang lelaki membeli makanan di sebuah restoran Cina yang menghidangkan makanan tidak halal di Singapura.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Shameera Idlyn bersama teman lelakinya mendapat perhatian apabila mereka dilihat tanpa segan silu memasuki restoran itu.
Menurut Mothership, disebabkan mereka berketurunan Melayu sudah tentu lah banyak mata-mata manusia yang suka menilai orang lain, ‘usha’ mereka. Apatah lagi, mereka membeli menu makanan daging babi.
Tetapi sebenarnya mereka bukan beli untuk diri sendiri! Sebaliknya, mereka tolong tapau makanan untuk seorang warga emas berbangsa Cina yang mereka kenali secara peribadi.
Nampak tak? Kenapa mesti menilai tanpa mengetahui sesuatu cerita? Tak rasa ke apa yang mereka buat tu sesuatu yang menyentuh perasaan?
Dalam perkongsian yang dimuat di Tweeter individu bernama Shameera itu, beliau menulis status di bawah;
” Buying food from non halal store sometimes is not what u guys are thinking ?
— shameeraidlyn (@shaidlyn) November 9″
Rata-rata netizen yang membaca kisah ini turut memuat naik komen dengan meluahkan rasa bangga terhadap tindakan pemuda terbabit.
” Anda layak digelar hero sebenar atas tindakan murni ini. Negara kita memerlukan insan mulia seperti anda supaya menjadi teladan kepada orang lain”
” Orang baik seperti kamu sememangnya makin pupus di dunia. Terima kasih kerana memberi sedikit harapan kepada semua”
Apabila kita membuat penilaian sendiri, kita mungkin berpotensi untuk mereka cerita yang tidak benar. Dan ia adalah satu fitnah ye! Bak kata omputih, don’t judge a book by its cover
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : lobakmerah