Subhanallah; Tanda-tanda Qiamat yang telah muncul Di Mekah…

Posted on

1. Gunung-Gunung di Mekah Mulai Berlubang Rasullullah ﷺ menjelaskan bahawa kiamat akan terjadi jika gunung-gunung di Kota Mekah sudah berlubang.

Hal ini tentu sukar difahami oleh masyarakat pada zaman tersebut, namun ternyata ianya sudah pun berlaku sekarang.

Gunung-gunung di Kota Mekah kini sudah berlubang dalam bentuk terowong. Mekah terkenal sebagai Kota Terowong kerana memiliki puluhan terowong.

2. Bangunan Tinggi Melebihi Gunung Nabi Muhammad ﷺ mengabarkan bahawa salah satu tanda kiamat sudah dekat adalah ketika banyak bangunan yang tingginya melebihi gunung.

“Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pergunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu.” (HR. Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi)

3. Bayangan Kaabah Tidak Lagi Kelihatan Baginda Rasulullah ﷺ juga bersabda bahwa kiamat akan terjadi jika Al-Sa’ah telah membentang bayangannya sehingga bayangan Kaabah tidak lagi kelihatan.

Al-Sa’ah merupakan salah satu dari pengertian kiamat. Sementara di Arab, Al-Sa’ah juga bermaksud sebagai jam. Kerana itu ada sesetengah ulama berpendapat waktu kiamat semakin hampir apabila bayang menara jam menutupi Kaabah.

Wallahualam Sumber : Tribunnews

kredit artikel; Yuhanis Azam

Subhanallah, bagaimana aliran air seoalah-olah seperti sebuah sungai yang deras di tengah2 padang pasir?

sumber; QALAM ILMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.