Jika anda rasakan anda tidak seksi, mungkin kaji selidik ini mampu membuatkan anda lebih berkeyakinan selepas ini apabila Malaysia tersenarai sebagai negara ke-25 paling seksi di dunia.
Pasti ramai tertanya-tanya apakah yang membuatkan Malaysia berjaya menduduki tangga tersebut sehingga menewaskan negara Amerika Syarikat?
Ini kerana personaliti terkemuka Tan Sri Michelle Yeoh, Henry Golding dan Amber Chia yang meletakkan Malaysia di kedudukan tersebut.
Baca : Zizi Kirana Tak Kisah Dilabel Simbol Seks
Biarpun tidak memberi sebarang definisi spesifik perkataan seksi, ia bagaimanapun memberi ruang kepada setiap individu untuk membuat interpretasi sendiri.
Tinjauan yang dilakukan Malaysia berada di kedudukan ke-25 jauh meninggalkan Amerika Syarikat di tangga 45, Jerman (44), Sweden (38), Thailand (36), Rusia (33), China (31) dan Iran (26).
Menurut tinjauan tersebut, Ukrain tersenarai negara paling seksi di dunia, manakala Irish merupakan negara yang paling tidak seksi.
Senarai 10 teratas negara paling seksi:
1. Ukrain
2. Denmark
3. Filipina
4. Brazil
5. Autralia
6. Afrika Selatan
7. Itali
8. Armenia
9. Britain
10 Kanada