Kisah hari ini dipenuhi dengan berita pelakon Emma Maembong buka tudung, malah laman sosial media dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada banyak pihak.
Sejak dari isu gambar panas bersama abang Menteri sehinggalah ke isu muat naik gambar tidak bertudung, netizen kelihatan sibuk membincangkan perihal pelakon putih gebu itu.
Tidak dinafikan kisah penghijrahan Mizz Nina amat luar biasa dan sering dijadikan inspirasi buat wanita Muslim lain. Tidak lagi terlibat dalam nyanyian, beliau kini lebih berminat mendalami ilmu agama.
Noh Salleh buka mulut
Suaminya, Noh Salleh juga merupakan sumber kekuatan bagi wanita berusia 39 tahun itu untuk terus beristiqamah dalam menutup aurat.
Berikutan pengakuan pelakon Emma Maembong yang mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung sejak beberapa hari lalu, vokalis kumpulan Hujan itu turut memberikan pendapat mengenai perkara tersebut.
“ Masa ni aku rasa Emma Maembong rasa badan dia berat sebab pahala banyak gila masuk,” tulis Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh menerusi Instastory miliknya.
Tambah penyanyi berusia 34 tahun itu, orang ramai seakan-akan ‘berlumba’ menjadi Tuhan dan mencari kesalahan seseorang individu walaupun mereka tidak mempunyai hak bagi mengadili sesama manusia.
“ Semua orang jadi Tuhan tiba2 mengadili sesama,” katanya.
P.S: Hidayah milik Allah, bila-bila masa Dia boleh memberi atau menarik kembali. Sekiranya Emma terbuka hati untuk bertudung semula, moga disertakan dengan nawaitu yang betul.
Banyak lagi isu Islam yang patut difikirkan – Caprice pun buka mulut
Namun pendapat daripada penyanyi rap dan penceramah motivasi Caprice apabila diminta untuk mengulas isu berkaitan Emma disifatkan sangat rasional.
Menerusi muat naik videonya di IG, sejak kes Emma mula tular ramai pihak yang mengaitkan perubahan drastik Emma ini sebagai salah satu masalah dalam Islam.
Benda wajib tak boleh nak debate, itu kesilapan diri sendiri
Walhal, baginya isu itu tidaklah sebesar mana untuk diberi perhatian kerana jika nak dibandingkan dengan krisis Islam yang sedang berlaku.
Ramai dilihat bersetuju dengan kenyataan Caprice apabila enggan membincangkan apa yang berlaku kepada Emma, kerana menutup aurat adalah perkara yang wajib dan tidak perlu diperdebatkan lagi, malah apa yang dilakukan pelakon itu adalah kesilapan manusia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Kredit : ohmymedia & newscoviral