Mia Ahmad Tercabar Dengan Suami Namun Reda

Posted on

Menyatakan apa yang dilakukannya bukanlah untuk meraih perhatian, Mia Ahmad dalam masa yang sama menjelaskan bahawa dia reda dengan apa yang bakal terjadi selepas ini. Selain mengakui emosinya kurang stabil ketika ini, pelakon ini juga menjelaskan bahawa dia tercabar dengan suami.

BACA: Suami Mia Ahmad Nafi Curang Ketika Isteri Berpantang

“Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling. Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini… Terpulanglah.

“Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya. Apa jadi selepas ini, saya reda,” ujarnya kepada BH Online.

Sementara itu bagi suaminya, Izham Tarmizi, siasatan mendalam sedang dilakukan kini dan mengakui bahawa dia mahu menyelamatkan ruamhtangganya itu.

“Apa yang pasti saya masih sayangkan Mia dan anak kami. Saya nak selamatkan rumah tangga ini. Saya nak jelaskan kepada Mia terutamanya mengenai perkara betul dan orang luar yang berprasangka buruk terhadap diri ini.

“Selain berfikir untuk membawa hal ini kepada polis, saya merujuk dengan mereka yang berpengalaman. Cuma saya tak boleh terburu-buru bertindak. Ketika ini siasatan terperinci sedang dibuat,” jelasnya kepada portal terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.