Mira Filzah Akui Memang Rapat Dengan Zizan Razak

Posted on

Baru-baru ini pengakuan Zizan Razak mengenai calon isterinya seorang yang dikenali ramai membuatkan ramai mengandaikan orangnnya adalah Mira Filzah. Menguatkan lagi dakwaan apabila Mira juga mengakui Zizan merupakan lelaki paling rapat dengannya.

“Kami masih lagi berkawan sampai sekarang, dia (Zizan) antara kawan lelaki yang rapat dengan saya. Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya,” katanya.

Mungkinkah mereka bercinta? Kalau dulu, pernah beberapa kali Mira dan Zizan digosipkan bercinta namun pasangan ini memang pandai berahsia. Tetapi sekali sekala terlihat juga mereka saling membalas rindu di sosial media.

Minggu lalu, Zizan ketika ditanya soal perkahwinan, beliau mengakui bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Antara hint lain yang diberikannya, calonnya seorang yang dikenali ramai (selebriti).

Kalau benar memang Mira orangnya, elok-eloklah cepatkan tarikh perkahwinan, dah lama peminat tunggu mereka naik pelamin. Mungkin juga Mira selesa berkawan dengan Zizan kerana beliau seorang yang kelakar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.