Selepas Setahun Bertunang, Remy Ishak Masih belum Bersedia Kahwin

Posted on

Biarpun sudah setahun mengikat tali pertunangan, Remy Ishak masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Mengambil pendekatan untuk benar-benar memahami pasangan dalam tempoh pertunangan, Remy merancang untuk bertunang selama dua tahun.

“Jujurnya kami berdua belum bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan mengambil tempoh bertunang ini untuk betul-betul memahami pasangan. Perancangan asal pun bertunang selama dua tahun jadi masih ada masa”

“Sekarang pun kami berdua sangat sibuk dengan pelbagai komitmen kerja. Tempoh bertunang inilah kita belajar dan persiapkan diri dan kami berdua tahu masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” jelasnya.

Baca : Remy Ishak Masih Belum Pilih Tarikh Kahwin

Dalam masa yang sama, Remy turut akui hubungan mereka juga pernah dilanda badai seperti orang lain bertunang. Pun begitu, Remy menganggap ianya sebagai dugaan dan ujian buat mereka sebagai persediaan sebelum berkahwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.