Misi Menaikkan Kenderaan SUV Yang Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang Gagal, Ini Punca Kenapa Cubaan Pertama Tidak Berjaya

Posted on

PULAU PINANG 21 Jan. – Percubaan pertama untuk membawa naik kenderaan SUV Mazda CX5 yang terjunam ke dalam laut kira-kira pukul 6.30 petang ini gagal selepas satu tali yang digunakan tidak dapat memegang kenderaan tersebut.

Ketika ini, dua penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turun sekali lagi di lokasi kenderaan itu yang dianggarkan pada kedalaman kira-kira 15 meter.

Pada pukul 4 petang tadi, kedudukan kenderaan itu berjaya dikesan iaitu berada di tiang 34 kilometer 40 Jambatan Pulau Pinang iaitu kira-kira 30 meter dari kenderaan itu tercampak iaitu pada tiang 30.

Difahamkan, mangsa, Moey Yuen Peng, 20, masih berada di dalam kenderaan itu dan akan dinaikkan bersama kenderaan tersebut menggunakan kren.

Ketika ini, para penyelamat sedang berusaha untuk turun sekali lagi bagi menyangkut tali pada badan kenderaan itu seterusnya membawa naik seberapa segera.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi semalam, kenderaan itu tercampak ke dalam laut selepas dirempuh sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu secara laju dan melulu dari arah pulau ke Seberang Perai.

Sumber : Utusan Online

Keluarga mangsa nahas SUV terjunam Jambatan P. Pinang hadir Untuk tinjau operasi SAR

Ahli keluarga mangsa nahas SUV yang terhumban ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang turut hadir meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Jeti Polis Marin, Batu Uban di sini petang ini.

Lima ahli keluarga Moey Yun Peng, 20, termasuk seorang wanita berusia lewat 40-an dipercayai ibu mangsa tiba kira-kira pukul 4 petang tadi.

Wanita berkenaan yang kelihatan sugul serta kesedihan turut duduk di atas kerusi sambil menghadap laut dengan ditenteramkan ahli keluarga yang lain.

Bagaimanapun, usaha media mendapatkan reaksi daripada ahli keluarga mangsa berkenaan gagal kerana mereka enggan ditemu bual.

Dalam pada itu, setakat pukul 4 petang tadi, operasi SAR yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih gagal mengesan lokasi kenderaan SUV berkenaan

Sumber Artikel: Utusan Online

Misi waktu ini cuaca sudah gelap.. semoga dipermudahkan segala urusan untuk mereka semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.