Nafi Tangguh Belajar Sebab Kekasih – Sufian Suhaimi

Posted on

Pernah beberapa kali mengangguhkan pengajiannya sebelum ini, Sufian Suhaimi menjelaskan apa yang dilakukannya itu bukanlah di atas dasar mengutamakan cinta malah menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.

“Tidaklah, bukan sebab bercinta tapi sebab kerjaya. Kalau nak cakap bercinta, saya bukannya hari-hari berdating. Ia sebenarnya mungkin lebih sebab tuntutan kerjaya”

“Ada banyak acara atau majlis yang perlu saya hadiri dan perkara ini menyebabkan saya tak dapat fokus dengan kelas,” katanya kepada portal Tonton Extra.

Bagaimanapun, kini Sufian sudah memulakan semester baru pada bulan ini dan masih dalam proses menyiapkan thesis yang katanya masih berbaki dua bab lagi.

“Sekarang ini saya tengah buat thesis yang secara keseluruhannya mempunyai lima bab. Saya dah siapkan tiga dan kini tinggal lagi dua bab sahaja lagi untuk diselesaikan,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.