“Macam makan nasi kandar” – Nasi lemak berharga RM410 undang pelbagai reaksi netizen

Posted on

Tular di media sosial memaparkan dua pelanggan beli tujuh bungkus nasi lemak serta lauk pauk terletak di Terengganu sehingga menarik perhatian ramai

Menerusi video yang dikongsikan @juraidamamad2 di platform TikTok, wanita dikenali Umi Nasi Lemak sedang membungkus nasi lemak buat dua orang pelanggannya.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah jumlah keseluruhan bagi nasi lemak yang dibeli pelaggan iaitu mencecah sehingga RM410.

Dalam video berdurasi dua minit itu, dapat dilihat pelanggan wanita berkenaan membeli tujuh bungkus nasi lemak dan beberapa jenis lauk seperti dua ekor lobster, dua sotong bersaiz besar, udang, ayam goreng, telur puyuh.

Baca: Fakta Tentang Kucing Putih Mata Biru Ini Buat Peminat Kucing Sebak

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana rata-ratanya akui terkejut sebaik sahaja mengetahui harga yang perlu dibayar bagi tujuh bungkus nasi lemak berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.