Pasangan bahagia Amar Baharin dan Amyra Rosli berkata, sekiranya mereka ditawarkan untuk bergandingan bersama dalam mana-mana filem atau drama, mereka berdua akan cuba untuk mengelakkan perkara tersebut kerana tidak mahu timbul perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah.
“Kami kalau boleh nak elakkanlah berlakon menjadi suami isteri, sebab dialog begini-beginikan. Lagi pula bila bergaduh taknaklah kita terlepas-lepas. Kadang-kadang dalam dialog itu, tak ada tetapi kita teremosi tercakaplah pula,” kata Amyra yang ditemui di majlis kempen Ramadan Terima Kasih TV3 & TV9.
Manakala Amar pula berkata, sekiranya suara hari nanti mereka ditakdirkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan suami isteri, mereka berdua akan cuba untuk bertemu Ustaz dan para ilmuwan Islam untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai perkara ini.
“Tapi kalau suatu hari nanti, mungkin kami akan Ustaz untuk bertanyakan soal ini. Sebab ada selebriti yang dah jadi perkara sebegini. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga”
Jadi kalau boleh kita elakkanlah daripada mengambil tawaran ini, kerana bila sampai masa kita tak boleh nak buat. Tak baiklah untuk producer dan juga stesen TV. Oleh itu, biarlah saya dan Amyra berlakon berasingan supaya tidak menyusahkan pihak-pihak lain di masa akan datang,” katanya.