Pelakon, Pelawak Zaibo Meninggal Dunia

Posted on

Pelakon dan pelawak veteran, Zaibo menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 petang hari ini (Rabu) selepas bertarung melawan kanser esofagos selama enam bulan.

Berita itu disampaikan sendiri kepada media oleh isterinya, isterinya Siti Hawa Sawal.

“Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya,” katanya ringkas sambil menahan sebak di dada tanpa mampu bercakap panjang.

Siti Hawa berkata jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Sedang dikemaskini…

SUMBER : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.