Pelakon veteran, Datuk Zukifli Zain meninggal dunia

Posted on

Pelakon, Datuk Zukifli Zain menghembuskan nafas terakhir pada 7.18 malam tadi.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disamping isteri tersayang Datin Normala Omar dan lima anak di rumahnya di UK Perdana.

“Allahyarham beberapa kali dimasukkan ke hospital sebelum ini disebabkan masalah kesihatan yang meruncing.

“Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam UK Perdana pagi esok. Sebarang maklumat lanjut akan menyusuli dalam masa terdekat.

“Seniman Malaysia mengucapkan takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian Allah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Allahyarham memulakan karier dengan filem pertama iaitu Jiwa Remaja pada 1975.

Beliau sudah berlakon lebih sepuluh filem dan beratus drama sepanjang berada di dalam dunia hiburan.

Dato’ Zulkifli Zain merupakan seorang artis veteran yang sering membintangi filem dan drama Melayu dan merupakan bapa kepada penggiat seni terkenal, Norzizi Zulkifli.

Allahyarham telah berkahwin dengan Datin Normala Omar yang juga serang pelakon dan dikurniakan 5 orang anak.

Pada Mac lepas, Dato’ Zulkifli Zain telah dilaporkan kritikal dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan dalam otak. Namun, seminggu selepas itu, beliau telah dibenarkan pulang selepas berada dalam keadaan stabil.

Salam takziah buat keluarga allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: FinasMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.