Pembikinan Klip Video Fazura Menelan Kos Paling Mahal

Posted on

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon sensasi, Nur Fazura baru saja melancarkan single terbaru bertajuk Can’t Forget Me. Apa yang menjadi perhatian, pembikinan klip video lagu itu dikatakan menelan kos yang paling besar dalam sejarah pembikinan klip video Universal Music Malaysia.

Tidak dinyatakan kos sebenar pembikinan klip video tersebut, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong berkata, kos untuk satu klip video Fazura bersamaan dengan pembuatan empat klip video.

Katanya lagi, klip video tersebut menelan perbelanjaan yang paling tinggi bersesuaian dengan status Fazura. Dalam masa sama, syarikat rakaman bersedia melaburkan peruntukan besar dengan sasaran mahu melebarkan kerjaya Fazura di peringkat antarabangsa.

Can’t Forget Me merupakan lagu ciptaan pertama Fazura bersama komposer terkenal Willy Beaman dan Cameron Forbes. Proses rakaman single tersebut dilakukan di Los Angeles yang mengambil masa sekitar hanya lima jam sahaja.

Lagu Can’t Forget Me bakal berada di semua platform digital bermula 18 Januari 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.