Pelancong ‘Mat Saleh’ Ini Belikan Kanak-kanak Miskin Kasut Baru Sentuh Hati Ramai

Posted on

Seorang pelancong menjadi perhatian ramai selepas gambarnya bersama seorang kanak-kanak viral di internet. Aryan Yero memuat naik beberapa gambar di akaun Facebook ternyata ianya menyentuh hati netizen.

Menurut Aryan, lelaki itu yang bernama Chris Carol mengunjungi kedai kasut jenama N1ke yang terletak di Mandaluyong, Filipina bersama seorang kanak-kanak.

Chris kemudian terus meminta bantuannya dan memberitahu bahawa dia mahu membeli sepasang kasut untuk kanak-kanak yang berkaki ayam itu. Awwhhhh!

” Dia beritahu bahawa dia ternampak kanak-kanak itu berkaki ayam ketika menjual sampaguita di luar pusat membeli belah ini,” kata Aryan.

Pekerja di kedai itu, Raymond Senecca kemudian membantu dan memberikan kedua-dua mereka layanan istimewa. Raymond juga akui tidak pernah menjadi saksi kejadian menyentuh hati seperti ini sepanjang empat tahun bekerja di kedai itu.

Kanak-kanak itu pula bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku apabila tiba-tiba dibawa ke kedai kasut dan bakal mendapat sepasang kasut yang baru hasil pemberian seseorang yang tidak dikenalinya.

Lebih menyentuh perasaannya, Raymond kemudian mendapat tahu kanak-kanak itu tidak pandai mengikat tali kasutnya kerana pertama kali memiliki sepasang kasut.

” Dia (kanak-kanak) hilang imbangan ketika berjalan kerana tidak biasa memakai kasut,” kata Raymond.

Tumpang gembira dengan apa yang berlaku kepada kanak-kanak itu, Aryan kemudian tidak lupa untuk memberikan pesanan kepadanya.

” Saya beritahunya untuk jaga kasut yang diberikan padanya dengan baik dan berterima kasih kepada Chris” kata Aryan.

Aryan yang ternyata tersentuh dengan apa yang dilakukan pelancong itu memberitahu bahawa ketika membuat pembayaran, Chris bertanya kepadanya tentang kedai pakaian.

Pelancong tersebut turut mahu membelikan pakaian kepada kanak-kanak itu! Baiknyaaaaa.

Seorang netizen, Marra Carmella yang berada di kedai itu ketika kejadian turut memuat naik gambar di akaun Facebook miliknya.

“Saya singgah di kedai N1ke ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dan ternampak pembantu jualan semua bergambar dengan seorang warga asing. Selepas membayar di kaunter, dia berikan kasut kepada kanak-kanak itu.”

“Kanak-kanak tersebut kemudian memberikan sampaguita yang dijual kepada lelaki berkenaan sebagai pertukaran. Kedua-dua mereka kemudian berlalu pergi menuju ke kedai baju selepas pembantu jualan di sini menunjukkan arah.” kata Marra.

Tindakan Chris Carol pasti akan diingati kanak-kanak tersebut sampai bila-bila. Syabas! Sementara kasut yang dibeli untuk kanak-kanak tersebut bukannya murah, dipercayai berharga lebih kurang RM528!

Sangat menggembirakan apabila orang yang tidak dikenali mampu memberi impak dalam hidup seseorang itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.