“Peminat Sebenarnya Masih Belum Move On” – Sufian Suhaimi

Posted on

Baru-baru ini, penyanyi Sufian Suhaimi telah berjaya memperolehi segulung ijazah sarjana (Masters), apabila dia memuat naik gambar konvokesyen yang dikongsikannya di Instagram. Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang masih mengaitkan dirinya dengan bekas tunangnya terdahulu, Elfira Loy.

Walaupun mereka berdua sudah mempunyai kehidupan masing-masing dan sudah pun ‘move-on’ daripada kehidupan yang lalu. Sufian yang dilihat kini semakin matang berkata sudah tiba masanya untuk orang luar ‘move-on’ daripada kisahnya yang lepas.

BacaTrending – Lebih 1 Juta Tonton Luahan Hati Sufian Suhaimi Selepas Putus Tunang

“Pada pendapat saya bukan kami yang tak move on, tapi netizen. Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk netizen move on dan henti dari mengait atau mengungkit kisah lalu,” ujarnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis pengumuman 30 buah lagu untuk semi final Muzik Muzik ke-33 (SFMM33) yang akan berlangsung pada November ini.

Sementara itu, Sufian turut berkata dia masih belum berhasrat untuk mencari pengganti, akan tetapi pintu hatinya sentiasa terbuka untuk menerima cinta baru.

“Masih banyak lagi yang mahu saya buat dan cari pengganti bukanlah keutamaan saya buat masa ini”

“Tapi dalam masa yang sama, saya tidak pernah menutup pintu hati dan kalau dalam masa sama ada yang berjaya mengetuk pintu hati, saya tidak ada masalah memulakan perhubungan baharu,” katanya yang akan turut berentap dalam persaingan Semi final Muzik Muzik ke-33 (SFMM33) menerusi lagu Di Matamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.