GKP 4.0

Pendaftaran GKP 4.0 dibuka hari ini

Posted on

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang tidak pernah menerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini boleh mendaftar untuk GKP 4.0 mulai hari ini hingga 31 Julai depan.

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran peruntukan GKP 4.0 berjumlah RM1 bilion kepada PKS mikro akan disalurkan pada bulan September dan November depan.

Menurutnya, bayaran sebanyak RM500 akan dibuat pada September manakala RM500 lagi pada bulan November melibatkan penerima GKP sedia ada dan pemohon yang baharu diluluskan.

“Penerima GKP sedia ada pula tidak perlu membuat sebarang permohonan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada hampir 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak Covid-19 melanda negara adalah RM6.1 bilion.

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi ketika ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.