Perghh Masak La Korang… Meragut Siap buat ‘FBLive’

Posted on

TINDAKAN dua lelaki meragut telefon pintar pejalan kaki yang sedang ‘FBlive’ dekat Masjid Taman Medan Idaman, Jalan Gombak , Kuala Lumpur, menyebabkan identiti mereka terdedah.

Difahamkan, mangsa dipercayai lelaki warga Arab sedang berjalan ke arah masjid itu untuk menunaikan solat Aidiladha dan merakam suasana sekitarnya secara ‘live’.

Ketika dia sedang merakam video terbabit, muncul dua lelaki menaiki motosikal dan meragut telefon bimbit mangsa yang masih dalam ‘live mode’ sebelum melarikan diri.

Ketika memecut motosikal meninggalkan kawasan itu, seorang daripadanya dipercayai pembonceng berkata sambil menoleh ke belakang: “Kejar ar kalau berani?.”

Beberapa saat kemudian lelaki itu memandang pula ke arah telefon pintar yang diragut dan berkata pula kepada rakannya: “FB niii bodo…Fb ni!”

Sehubungan itu, video ‘live’ di Facebook yang diambil mangsa berjaya merakam wajah suspek berkenaan.

Rakaman video yang berdurasi satu minit 17 saat itu tular di Facebook dengan jumlah tontonan lebih 30,000 sejak ia dimuat naik lewat malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat awal, identiti mangsa dipercayai lelaki warga Arab. Tapi, sehingga ini masih belum ada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, kami akan mengesan lelaki bermotosikal yang dirakam telefon pintar itu.

“Kami akan buat semakan sekiranya lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau atau mempunyai kaitan dengan kes ragut yang lain,” katanya. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.