Pergi Mampus Haqiem Rusli – Noh Hujan , Video Tular Di Twitter

Posted on

Persembahan Noh Hujan yang penuh bertenaga dan cukup menghiburkan ketika Love Suria Charity mendapat perhatian ramai.

Bukan kerana nyanyiannya sahaja tetapi Noh telah mengeluarkan kata-kata yang menjadi bualan hangat netizen. Ungkapan Noh ialah “Buktikan bahawa independent boleh tapau mainstream. Pergi mampus Haqiem Rusli.”


Salah seorang peminat yang hadir telah sempat merakam persembahan Noh itu dan dimuat naik ke akaun Twitter. Tentunya isu itu mencetuskan sedikit ‘perbalahan’ di kalangan peminat Haqiem Rusli dan Noh.

Peminat Haqiem memang bengang sekali dengan kata-kata Noh itu sehingga mempertikaikan penampilan serta gelaran Haji yang dimilikinya. Tidak kurang juga, ada yang mengaitkan nama Mizz Nina dalam isu ini. Namun, majoriti netizen dan peminat Noh menganggap apa yang dilakukan oleh beliau itu tidaklah melampau dan hanya gurauan semata-mata.

Terdahulu, Noh juga pernah memberikan komen yang agak ‘pedas’ apabila Haqiem didakwa sengaja mempermainkan isu depresi kerana ingin mempromosikan lagunya. Buat Noh apa yag dilakukan oleh Haqiem itu amat tidak wajar.

Hanya mereka yang berada di konsert tersebut sahaja yang mengetahui perkara sebenar dan mungkin juga Noh hanya sekadar ingin bergurau. Tidak perlu cepat melatah. Relaks..

Sumber Berita : Twitter & beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.