Penyanyi Siti Nordiana bakal melancarkan bukunya, Life Goes On yang menceritakan pahit manis yang dilaluinya untuk menampung kehidupan dia dan anaknya sebelum mendapat peluang kedua sebagai penyanyi.
Siti Nordiana atau lebih mesra dengan nama panggilan Nana, mendedahkan dia pernah berasa putus ada dengan kariernya sebagai penyanyi dan berniaga di pasar-pasar malam untuk menyara kehidupan.
“Saya pernah rasa putus asa dengan kerjaya kerana buat apa sahaja tak menjadi sampai saya pernah pakai seksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi.
“Masa tu saya rasa memang sudah tiada ruang lagi buat saya salam industri. Saya berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya kepada mStar Online.
Mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan, nana berkongsikan kisah kehidupannya dan foto-foto peribadinya yang tidak pernah dimuat naik di media sosial di dalam buku tersebut.
“Banyak foto lama masa saya susah dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arwah suami (Mohd. Faizal Yusp) ada dalam buku itu. Saya harap apa yang saya ceritakan dapat memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengan saya. Apa yang mereka perlu lakukan apabila berasa putus asa dengan kehidupan,” ujarnya.
Diharap kisah Nana ini dapat memberi inspirasi buat ibu tunggal di luar sana. Apa pun, kami mendoakan agar Nana terus berjaya dalam bidang nyanyian.
sumber : harian metro & rotikaya