Seorang lelaki berusia 19 tahun dilapor pengsan ketika menjalani hukuman sebat sebanyak 146 kali di khalayak ramai, atas kesalahan merogol kanak-kanak, di wilayah Acheh, Indonesia.
Menurut laporan CNA, lelaki berkenaan turut dilihat menangis teresak-esak ketika menjalani hukuman dan menahan sakit ketika dirotan.
Lelaki berkenaan juga sempat meminta maaf dan memohon hukuman dihentikan. Keadaannya bagaimanapun diperiksa oleh doktor dan diberi rawatan sewajarnya sebelum hukuman diteruskan.
Dia ditahan pada awal tahun ini atas kesalahan merogol kanak-kanak yang mana umur mangsa tidak didedahkan kepada media sebelum dijatuhi hukuman sebat 146 kali dikhalayak ramai. Hukuman berat berkenaan diberikan disebabkan jenayah yang dilakukannya dikelaskan sebagai jenayah berat.
”Hukuman berat ini sebagai satu langkah pencegahan,” menurut Ivan Nanjjar Alavi, jurucakap daripada penjabat pendakwa raya Acheh.
Selain lelaki berusia 19 tahun itu, dua lagi pesalah masing-masing berusia 40-an dan penghujung 20-an turut menjalani hukuman sebat atas kesalahan yang sama.
Sumber: CNA
Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual, Xiaomi Menghentikan Penjualan Mi 10 Pro 5G
Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.
Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu pertama dari Xiaomi untuk tahun ini. Ia juga merupakan antara peranti termahal dari Xiaomi sebelum Mi 10 Ultra dilancarkan. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, kamera 108MP, menyokong pengecasan pantas dan boleh dikatakan adalah peranti mercu yang serba lengkap.
Sehingga bulan ini, peranti Mi 10 Pro 5G baru sahaja 8 bulan berada di pasaran. Terkini Xiaomi dilihat telah menamatkan penjualan peranti ini. Sumber menyemak laman web Xiaomi, kedai atas talian Tmall, Jingdong dan Youpin juga disenaraikan sudah kehabisan stok.
Ini mungkin kerana Xiaomi ingin memberi laluan kepada peranti baharu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada Disember dengan cip Snapdragon 875 pertama dunia dan dipasarkan secara terhad di China. Ia hanya akan dilancarkan semula atau mungkin dijual seperti biasa pada tahun hadapan.