“Pil minda tak jadikn anda Einstein” – Dr Amalina turut komen tentang kismis.. Sila baca

Posted on

Memang ada ibu bapa yang terpengaruh dan memberi amalan makan pil minda untuk anak mereka pandai dan bijak sana.

Namun begitu, amalan berkenaan dikatakan tidak akan menjadikan seseorang itu bijak seperti ahli fizik Albert Einstein.

Itulah antara kata-kata doktor popular, Dr Nur Amalina Che Bakri selepas dimaklumkan tentang penjualan pil minda yang didakwa berlaku dalam kalangan guru di sekolah sejak kebelakangan ini.

Pil minda adalah produk suplemen berkaitan minda kanak-kanak dan didakwa dapat membantu meningkatkan kecerdasan minda anak-anak dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran.

GURU JUAL PIL MINDA

Bagi Dr Amalina, para guru yang menjual pil minda kepada pelajar adalah amat tak beretika dan perbuatan berkenaan perlu dilaporkan kepada pihak bertanggungjawab.

Susulan itu, Dr Amalina menggesa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk mengambil serius perkara ini.

Ini respon balas dari Dr Amalina:

“Saya dimaklumkan terdapat ramai guru menjual ‘pil minda’ di sekolah…. malangnya… @maszlee sila ambil perhatian. Terima kasih,”

“Tolong jangan manipulasi pelajar anda dengan membeli produk sedemikian,”

Komen dari Dr Amalina mengenai perkara itu menjadi tular di Twitter dan mula diperkatakan orang ramai sejak Jumaat lalu.

Dr Amalina diketahui amat lantang bersuara terutama dalam isu lambakan produk kecantikan dan kesihatan di negara ini.

AMALINA TAK AMBIL SUPLEMEN

Kata Dr Amalina tentang pil itu lagi, beliau sendiri tidak pernah mengamalkan makan suplemen seperti itu semasa di bangku sekolah.

Ini komennya lagi:

“Saya sendiri tak pernah ambil pil minda dan Alhamdulillah saya berjaya dalam akademik,”

PERNAH DITAWARKAN PROMOSI KISMIS MINDA

Dr Amalina yang kini bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di United Kingdom (UK) mendedahkan pernah ditawarkan bayaran tinggi untuk mempromosikan produk kismis minda tetapi beliau menolak tawaran tersebut.

“Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, saya juga didekati beberapa syarikat Islamik untuk bekerjasama menghasilkan ‘kismis minda’ (saya ditawarkan wang yang banyak).

“Dan saya kata tidak kerana saya tidak pernah mengambil produk sedemikian,”

IBU BAPA JANGAN TERPEDAYA

Pada masa sama, Dr Amalina turut menasihati ibu bapa supaya tidak terperdaya dengan keberkesanan produk tersebut.

“Ibu bapa dan pelajar yang dikasihi, usaha keras adalah kunci (kejayaan), diet sihat seimbang amat penting, pengambilan ‘pil minda’ tidak akan menjadikan anda seorang ‘Einstein’,”

KISMIS BAGUS TAK?

Ditanya mengenai kismis yang didakwa mampu merangsang daya ingatan, Dr Amalina berkata orang ramai digalakkan untuk makan kismis segar.

“Ambil kismis segar, bukan yang sudah diproses dan dibotolkan,”

Sumber: TWITTER DR AMALINA

Sedikit mengenai kismis.. Kismis adalah anggur yang dikeringkan dan kaya dengan sumber tenaga, vitamin, elektrolit serta mineral semula jadi. Lebih menarik, ia mempunyai jumlah serat, vitamin, mineral dan antioksidan jauh lebih tinggi berbanding anggur segar.

Walaupun kering, ia mengekalkan rasa manis semula jadi dan setiap 100 gram kismis hanya mempunyai 249 kalori, sesuai untuk mereka yang menjaga pemakanan dan mengawal berat badan.

Sama seperti anggur, kismis mengandungi sejenis bahan fitokimia dipanggil resveratrol iaitu sejenis antioksidan yang memiliki sifat antiradang dan antikanser selain mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.

Kajian mendapati resveratrol mampu melindungi tubuh daripada kanser kulit, kolon dan prostat selain membantu menjaga kesihatan jantung, melindungi dari masalah kemerosotan fungsi saraf, strok, Alzheimer dan jangkitan kulat atau virus.

Kismis yang dihasilkan daripada anggur berwarna merah dan ungu memiliki kandungan antioksidan lebih tinggi. Pada masa sama, kandungan seratnya yang tinggi membantu memenuhi keperluan serat dalam diet setiap hari seterusnya boleh membantu menurunkan berat badan dan melindungi daripada masalah sembelit.

Setiap hari kira-kira 20 hingga 35 gram serat diperlukan untuk memastikan tubuh berfungsi pada tahap optimum dan ia boleh diperoleh melalui kismis.

Pakar Pemakanan Klinikal Pusat Perubatan Tropicana Tan Yen Sing berkata, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2015, menunjukkan 17.5 peratus penduduk di negara ini menghidap diabetes.

Katanya, ia adalah angka yang tinggi dan menjadi petunjuk kepada gaya hidup tidak sihat di negara ini.

“Di Malaysia, dalam kalangan pesakit diabetes, 59 peratus daripadanya kini berada pada tahap terakhir masalah buah pinggang yang diakibatkan oleh penyakit itu.

“Serat penting dalam memastikan kandungan gula dalam darah stabil dan kismis adalah sejenis makanan yang tinggi dengan serat.

“Kismis juga baik untuk kesihatan jantung dan jika kita lihat pada fakta kesihatan di seluruh dunia, penyakit jantung antara penyebab utama kemat!an.

“Seramai 17.5 juta orang mennggal dnia akibat penyakit kardiovaskular pada 2005 iaitu 30 peratus daripada punca kemat!an seluruh dunia,” katanya pada acara berkenaan.

Acara itu selari dalam usaha menggalakkan pemakanan sihat dan menunjukkan demonstrasi penggunaan kismis khususnya California Raisins dalam pemakanan dan menu setiap hari.

Tan berkata, kajian juga menunjukkan peningkatan pengambilan buahan dan sayuran lebih daripada lima sajian setiap hari mempunyai kaitan rapat dengan penurunan sebanyak 17 peratus bagi penyakit jantung koronari.

Katanya, khasiat daripada makanan berkualiti adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit kronik dan menjadi lebih sihat.

“Kismis, meskipun kecil, tidak harus dipandang ringan atas manfaat kesihatannya. Ia adalah hidangan yang sihat dengan gula semula jadi dan juga pengganti gula untuk kebanyakan resipi dalam pelbagai hidangan.

“Lebih menarik, kandungan antioksidan yang tinggi dalam kismis boleh membantu diri lebih awet muda dan menjaga penglihatan, menjaga kesihatan perut, saluran kencing dan melawan masalah gusi serta gigi,” katanya.

Kebaikan kismis

1. Bebas daripada toksin gluten dan boleh dimakan sebagai alternatif bagi mereka yang tidak boleh bertoleransi terhadap gluten.

2. Kaya dengan kalsium, zat besi, mangan, magnesium, fluoride dan zink.

3. Mengandungi elektrolit dan potasium yang mampu menurunkan kesan sodium, menurunkan tekanan darah dan mengelak strok serta masalah jantung.

4. Memiliki vitamin B kompleks.

5. Boleh dinikmati sebagai snek tanpa merosakkan kesihatan.

6. Boleh dimakan bersama apa saja hidangan termasuk salad, pencuci mulut dan dicampurkan dalam masakan.

7. Menjadi pengganti gula dalam penyediaan bakeri dan coklat.

8. Popular di negara Iran, India, Pakistan dan selatan Asia dalam hidangan pencuci mulut.

9. Tiada lemak, sodium dan kolesterol.

10. Mengandungi fruktos iaitu gula semula jadi yang mudah dihadam untuk memberi tenaga yang cepat.

11. Kaya dengan serat dan menjadi sumber tenaga berpanjangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.