Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa SOP jualan pasar malam dan perkhidmatan kedai gunting rambut akan dibentangkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabtu ini.
Menurutnya pelbagai perkara yang akan dibentangkan pada mesyuarat Sabtu ini.
“SOP tentang kedai gunting rambut & salun kecantikan difahamkan telah pun siap, tapi kita minta bentang pada hari Sabtu akan datang untuk mesyuarat seterusnya.”
Menurutnya lagi, SOP pasar malam dan pekan seharian juga turut akan dibentangkan susulan daripada mendapat permintaan ramai berkenaan pembukaan semula sektor terbabit.
PKPB: SOP jualan pasar malam akan dibentangkan MKN pada Sabtu - @IsmailSabri60#PKPB #JagaJarak#DisplinDiri#COVID19#KomunikasiKita#KitaJagaKita#KitaTeguhKitaMenang #pasarmalam pic.twitter.com/vUaBPoatIZ
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 2, 2020
“Kita belum tengok dari segi SOP mereka, kita minta MKN bentangkan pada hari Sabtu akan datang ini”, ujarnya.
Tambahnya lagi, segala SOP akan diteliti dengan lebih mendalam sebelum ianya dipersetujui.
PKPB : SOP PERKHIDMATAN KEDAI GUNTING RAMBUT & PASAR MALAM AKAN DIBENTANGKAN SABTU INI@KKMPutrajaya @MINDEFMalaysia @jpmgov_ @JPenerangan pic.twitter.com/KTTmCmOrwi
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) June 2, 2020
Sumber: Bernama