PRK Semenyih: Uncle Kentang dibantu penyokong kuat DAP?

Posted on

SELASA lalu, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang telah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.

Pengumuman itu sedikit mengejutkan kerana Kuan Chee Heng sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai seorang yang dermawan dan berhati mulia.

Mungkin beliau ada niatnya yang sendiri untuk bertanding di DUN Semenyih.

Bagaimanapun semalam, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Abdullah Abdullahtelah mendedahkan sesuatu mengenai Kuan Chee Heng yang beria-ria mahu terlibat dalam dunia politik.

Menurut Abdullah, Chee Heng yang terkenal dengan projek rumah sewa RM1 di Puchong mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang penaja DAP, Dato’ Paul Lim Tau Ern.

Paul Lim merupakan Pengarah Urusan syarikat Premiumlogy Holding Sdn. Bhd yang menjalankan perniagaan cenderamta dan mempunyai rangkaian perniagaan yang besar dalam negara.

Beliau juga adalah pemilik rumah RM1 yang dijalankan Chee Heng dan merupakan pengasas sebenar rumah tersebut.

Dedah Abdullah lagi, Paul Lim merupakan penyokong kuat PKR dan DAP. Antara kenalan rapat beliau adalah Tian Chua dan Khalid Samad.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.