Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Erra Fazira telah menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan ‘Di Sebalik Idola’ di Astro Ria.
Menariknya, pelakon berusia 45 tahun itu telah berkongsi pengalaman hidup bersama penonton di dalam rancangan tersebut.
“Seperti yang semua dah ketahui, rentetan perjalanan saya, saya pernah mengalami kegagalan dalam betunang, pernah gagal dalam perkahwinan tapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran..”
“Tidak ada yang negatif atau yang tidak elok setiap perjalanan yang telah diaturkan..itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya..”kongsi Erra.
Disamping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pasrah itu telah mengimbau kembali kisah percintaan dan rumah tangganya yang terdahulu bersama bekas suami, Yusry Abd Halim dan juga Engku Imran.
“Saya bertemu jodoh bersama Yusry, ketika saya di kemuncak kerjaya..gabungan kami berdua bom!. Jadi ianya menjadi ‘wedding of the year’.
“Tapi macam mana pun jodoh tak kesampaian..tidak ada rasanya orang berkahwin untuk jodoh yang pendek..”
“Alhamdulillah, dengan Engku saya dianugerahkan Allah dengan anugerah terindah iaitu anakanda saya, Engku Aleesya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kencundang, yang sedihnya bila terpisah dengan anak..bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima untuk berpisah dengan anak..”katanya sambil menangis.
Pelakon yang terkenal dengan filem Sembilu itu juga telah berkongsi bersama penonton kisah kehidupannya selepas bercerai yang telah menyentuh hati penonton.
“Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah dia tak ambik anak?
Ada kisah disebalik, tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak…biarlah orang kata kita berkorban untuk kebahagian anak.Yang penting anak bahagia.”
“Anak saya harus wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini, saya sakit tak apa, asalkan anak saya bahagia.”
“Saya yakin Allah itu adil, saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya, tapi baik di masa hadapan” luah Erra.
Rupanya, ketika kecil, Erra tidak sempat merasa kasih sayang seorang ayah. Walaupun rumah antara Ibu dan ayahnya dekat, tapi Erra tidak pernah mengetahui siapa ayahnya yang sebenar.
Sehinggalh kemati an ayahnya ketika Erra berumur 8 thuan, ketika itu baru lah dia menyedari itu lah ayahnya. Erra, berazam supaya, anaknya ini biarlah dibesarkan dengan kasih sayang ayahnya. Erra tidak sanggup, melihat anknya menjadi man-gsa penceraian. Biarlah dia yang mengalah
Lantas, para peminat juga turut berasa sedih setelah menonton perkongsian perjalanan hidup Erra.
Pelakon terkenal Erra Fazira mendedahkan lagu Pasrah sangat berkait rapat dengan dirinya.
Kata Erra setiap kali dia menyanyikan lagu itu dia tidak mampu untuk menghabiskannya.
“Saya kongsi lagu Pasrah kerana ia paling dekat di hati saya.
“Setiap kali saya menyanyikan lagu ini, saya berasa agak sukar kerana ia memang dicipta tentang diri saya, kisah hidup saya serta perjalanan hidup saya.
“Ini bukan kali pertama saya menyanyikan lagu ini kemudian tidak boleh diteruskan,” katanya.
Tambah Erra niat dia memasuki industri seni adalah untuk membantu keluarga.
“Saya mendapat halangan daripada keluarga ketika mula-mula memasuki industri seni.
“Niat saya tidak ada untuk lain hanya untuk membantu keluarga.
“Azam saya memang kuat dari kecil untuk membantu mak.
“Saya cakap, mak saya dah ada duit. Saya rasa mak tak perlu kerja lagi, saya boleh sara mak,” katanya memetik laporan Di Balik Idola semalam.
VIDEO:
Sumber : mediahiburan, gempak