Resdung Tak Sembuh-sembuh. Cuba Ikhtiar Doa Hilangkan Resdung

Posted on

Soalan : Ustaz, adakah doa untuk menyembuhkan peny4kit resdung? Saya dah lama mengidap resdung, macam-macam ubat resdung saya ambil, tapi tak mengubah apa-apa.

 Jawapan : 

Cuba saudari amalkan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah SWT untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:

1. Surah An-Nahl ayat 66 hingga 74

2. Surah Al-Anfaal ayat 36 hingga 50

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah An-Nahl tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Anfaal tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan.

Dalam pengalaman pengamal perubatan Islam mengubati peny4kit-peny4kit fizikal, selalunya ayat-ayat dari Surah Al-Anfaal ini mempunyai hikmah dan keupayaan penyembuhan seolah-olah seperti antibiotic. Ayat-ayat dari Surah An-Nahl pula berfungsi untuk menguatkan daya pertahanan diri tubuh badan (immune system). Insya Allah dengan gabungan amalan dua surah ini boleh membantu mengatasi masalah risdung.

Percayalah bunyi bacaan Al-Quran memiliki aura-aura dan gelombang suara yang berfrequensi tertentu dan “wavelength” tertentu. Gelombang ini mempengarohi sel-sel dalam tubuh badan kita secara positif dan mengembalikan keseimbangan seluruh tubuh kita. Gelombang dan aura-aura kalimah suci inilah memberi kesan positif kepada sel-sel antibodi dan juga menguatkan sistem pertahanan tubuh badan.

Dalam erti kata lain, rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran ini bertindak umpama rawatan moden, namum prosesnya tidak mampu dilihat dangan mata kasar atau dijelaskan dengan logic akal fikiran manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi peny4kit-peny4kit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman….” (Surah Yunus ayat 57)

PENUTUP

Dugaan kepada setiap peny4kit yang dihadapi sebenarnya adalah ujian daripada Allah SWT kepada kita. Ianya sebagai peringatan kepada kepada kita yang sering alpa dan leka akan hakikat sebenar kehidupan ini. Justeru, hendaklah kita berikhtiar dan berusaha serta tawakal dengan sepenuh hati. Mohonlah keampunan dan berdoalah dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT agar diberi kesembuhan di atas setiap peny4kit yang dihidapi. Sesungguhnya doa itulah senjata kita yang paling ampuh dalam menghapuskan dan menyembuhkan peny4kit-peny4kit.

Sumber: tanyalahustaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.