Rossa Terima Gelaran Datuk Seri, ND Lala Bergelar Datuk

Posted on

Tahniah diucapkan kepada Rossa yang kini bergelar ‘Datuk Seri’ selepas dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang hari ini.

Penyanyi yang berasal dari Sumedang, Indonesia itu sebelum ini pernah menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah lima tahun lepas. Tambahnya lagi, beliau bersyukur dengan kurniaan yang diberikan diatas pencapaian dalam bidang seni.

“Saya amat bersyukur kerana tahun ini memberi banyak kebahagiaan kepada saya. Selepas mendapat Anugerah Khas Planet Muzik (APM2018) yang berlangsung di Singapura Sept lalu, saya dapat pula anugerah Datuk Seri ini”

“Ini hadiah ulang tahun kelahiran saya pada 9 Oktober lalu dan sesungguhnya tahun ini membawa tuah kepada saya atas pencapaian terutamanya dalam bidang seni,” jelasnya kepada m Star Online.

Selain Rossa, Amir Hamzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala turut menerima gelaran ‘Datuk’ dalam istiadat berkenaan setelah berkecimpung selama 36 tahun dalam dunia seni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.