Rusia dilaporkan telah mencipta vaksin COVID-19 yang mempunyai tahap keberkesanan lebih dari 95% setanding dengan vaksin yang dikembangkan oleh Pfizer dan Moderna.
Menurut The Guardian, negara itu juga mengatakan bahawa vaksin itu mempunyai khasiat yang lebih besar daripada vaksin Oxford/AstraZeneca.
“Sputnik menunjukkan keberkesanan yang sangat tinggi, melebihi 95%.
“Berita baik ini bukan sahaja untuk Rusia malahan untuk seluruh dunia juga,” kata Kirill Dmitriev, ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia.
Hasil ujian itu dikeluarkan sebagai ‘persaingan hangat’ di antara pembangun vaksin untuk membantu menghentikan penularan virus COVID-19.
Hasil keputusan Sputnik itu dinilai berdasarkan ujian terhadap 19,000 orang peserta 42 hari selepas menerima vaksin pertama dari dua dos.
Data sebelumnya menunjukkan bahawa vaksin itu mempunyai keberkesanan sekitar 91.4%, 28 hari setelah peserta menerima dos pertama.
Vaksin tersebut harapan untuk Rusia setelah lebih daripada 2.15 juta rakyat di negara itu dijangkiti COVID-19.
Dmitriev, yang ditugaskan untuk menjual vaksin di luar negara mengatakan bahawa dos vaksin tidak akan melebihi $ 10 (kira-kira RM50) di pasaran antarabangsa, kira-kira separuh daripada kos vaksin Pfizer.
Lebih 1 bilion dos akan dihasilkan pada tahun berikutnya di negara-negara termasuk India, Korea, Brazil dan China.
Sumber: The Guardian