Saya Masih Selesa Solo, Tak Payah Sesak Kepala Untuk Bercinta – Neelofa

Posted on

Bergelar selebriti popular, mempunyai perniagaan yang hebat dan memiliki wajah cantik dan jelita, membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa sehingga hari ini Neelofa masih belum ingin bercinta.

Adakah kisah cinta lalu yang tidak kesampaian membuatkan beliau fobia? Bukan pintu hatinya sudah tertutup tetapi beliau mengakui lebih selesa hidup solo dan tidak mahu pening kepala memikirkan soal cinta.

Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala fikir soal cinta sekarang? Saya rasa, ini momen paling bahagia. Saya selesa solo dan tak payah sesak kepala untuk bercinta. Memang selalunya, sebelum ini hati ini ditemani seseorang tapi sampai satu ketika saya selesa sendiri. Bagus sangat rasa itu.

Kisah cinta Neelofa sebelum ini mendapat perhatian ramai, beliau pernah bercinta dengan Datuk Hans Isaac selama lebih dua tahun dan kemudiannya bercinta pula dengan pelakon Fattah Amin sehingga wujudnya fenomena Lofattah, ketika itu mereka antara pasangan paling sensasi. Namun, percintaan itu tidak tahan lama.

Sumber Berita : Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.