Menyedari dirinya menjadi sindiran beberapa selebriti tanah air, Afifah Nasirenggan melayan perkara terbabit. Biarpun setiap hari menerima cacian peminat namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa, tiada mulut dapat ditutup malah pesannya, dengar dulu penjelasan kedua pihak baru menilai.
“Saya tahu ada rakan selebriti dan isteri mereka memuat naik gambar berunsurkan peringatan seperti jangan kacau suami orang serta berkaitan dengan karaoke. Saya mengambil pendirian untuk tidak melayan perkara tersebut. Saya sendiri tak kisah dengan perkara tersebut”
“Mereka tidak tahu, jadi biarkan sahaja. Mulut orang kita tak boleh tutup. Saya nak marah pun tak guna. Bagi saya, sebelum menilai sesuatu cerita, dengar dulu penjelasan semua pihak, barulah boleh menilai. Sejujurnya, saya tak ada masalah langsung jika diminta bergandingan dengan suami orang”
“Sebelum ini, saya pernah berlakon di samping aktor yang bergelar suami orang. Tiada masalah yang berlaku dan semuanya berlangsung secara baik. Saya ingin menegaskan yang saya tidak berminat dengan suami orang,” jelasnya kepada portal Astro Gempak.
Ketika kontroversi hangat diantara beliau, Aliff Aziz dan Bella Astillah tengah hangat diperkatakan, beberapa selebriti turut sama memuat naik status amaran supaya tidak menganggu suami mereka. Malah ada juga video parodi yang direka khas untuk memerli Afifah.
Dalam hal ini sememangnya mulut orang tidak dapat ditutup. Selepas mendengar penjelasan kedua belah pihak antara Bella, Aliff dan Afifah, nampaknya rata-rata peminat masih menyalahkan Afifah sepenuhnya setelah Aliff mengaku bersalah. Harap Afifah terus tabah!