Seawal Usia 25 Tahun Sudah Bergelar Doktor, Adik Fathia Latiff Dipuji Ramai

Posted on

Adik-beradik pelakon Fathia Latiff sememangnya cantik-cantik belaka. Baru-baru ini, gambar graduasi adik Fathia iaitu Fasiha Latiff menjadi perhatian ramai peminat hiburan tanah air di media sosial.

Mana tidaknya, gadis cantik ini baru saja menamatkan pengajian di Trinity College dan kini bergelar doktor muda di usia 25 tahun. Sememangnya gadis ini layak mendapat gelaran ‘beauty with brain’.

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Fasiha dengan gelaran yang diperolehnya seawal usia 25 tahun. Ramai juga yang memuji gadis tersebut kerana bukan saja memiliki rupa paras yang cantik, malah seorang yang bijak.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh dengan mengatakan ramai pesakit lelaki yang akan datang nanti untuk mendapatkan rawatan dari ‘doktor cantik’ ini.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Fasiha Latiff di atas kejayaannya. Diharap pencapaian gadis ini boleh dijadikan inspirasi buat anak muda di luar sana.

Ini baru beauty with brain kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.