Sedapnya Nama Anak Kedua Syamsul Yusuf, Cantik Betul Maknanya!

Posted on

Pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada pukul 3.30 petang semalam (Sabtu).

Bayi perempuan seberat tiga kilogram itu diberi nama Sumayyah.

“Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki.

“Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi.

“Kalini Allah kurniakan kami anak perempuan yg diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.

“Alhamdulillah terima kasih semua yg mendoakan.. #tangisanKesyukuran,” tulisnya menerusi akaun Instagramnya malam tadi.

Syamsul turut memuat naik dua keping foto bersama puterinya itu.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syaikhul Islam, 2 tahun.

Artikel Berkaitan : ‘Ramai bertanya mengenai rahsia saya’ – Syamsul Yusof

Pengarah dan pelakon utama Munafik 2, Syamsul Yusof berkongsi kejayaan dan resipinya menghasilkan filem pecah panggung bersama wartawan SYAFIL SYAZWAN JEFRI ().

Selain Munafik 2, hampir semua filem arahan Syamsul mencatat kutipan pecah panggung.

Bermula dengan filem pertama, Evolusi KL Drift yang mencatat kutipan sebanyak RM3.9 juta, Syamsul terus ‘meletup’ dengan Evolusi KL Drift 2 (RM6 juta), Jalan Kembali: Bohsia 2 (RM4.9 juta), KL Gangster (RM11.7 juta), KL Gangster 2 (RM5 juta), Khurafat (RM8 juta) dan Munafik (RM17 juta).

sumber astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.