DUNIA hiburan dikejutkan dengan penyebaran imej tidak bertudung mirip dua selebriti popular iaitu Fathia Latiff dan Emma Maembong.
Ia dimulakan dengan sebuah video pada Ahad apabila individu mirip Fathia sedang berkaraoke di sebuah kafe tersebar di internet.
Video berdurasi satu minit memperlihatkan seorang wanita berambut pendek menyanyi bersama seorang lelaki yang juga pelanggan kafe tersebut.
Malah beberapa keping foto yang tersebar itu dipercayai Fathia, pelakon telefilem Kipas Belum Ma ti.
Fathia bagaimanapun, enggan mengulas perkara berkenaan.
Foto dikirim kepada mStar Online pada Isnin.
Sementara itu, pada pagi Isnin pula kejutan kedua berlaku apabila dua foto dipercayai pelakon Emma Maembong bersama kekasihnya yang mirip abang kepada Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Dyed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah menjadi perhatian netizen.
Pasangan yang dikaitkan bercinta itu dilihat sedang menikmati makan malam, manakala sekeping lagi berdua-duaan di dalam sebuah bilik dengan Emma yang membuka tudung berada di celah kangkang pemuda itu.
Foto tersebut dipercayai dirakam seminggu lalu ketika pasangan berkenaan bercuti ke luar negara.
Sejak kebelakangan ini, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, dilihat menjalinkan hubungan mesra dengan jejaka berusia 30 tahun berkenaan.
Bagaimanapun, Emma yang dihubungi tidak menjawab panggilan dan juga tidak membalas mesej daripada mStar Online.
Rata-rata netizen mula membanjiri komen di ruangan Instagram pelakon tersebut yang mahukan penjelasan tentang isu berkenaan.
Emma Maembong mengaku buka tudung
KUALA LUMPUR – Pelakon, Em ma Maembong akhirnya mengaku sekeping gambar yang didakwa miripnya yang tidak bertudung adalah dirinya.
Dalam akaun Instagram peribadi selebriti itu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 27, telah membalas komen peminatnya yang enggan mempercayai kewujudan gambar berkenaan.
Gambar panas itu mengundang pelbagai reaksi peminat apabila dia bukan sahaja tidak bertudung, malahan berpelukan dengan abang kepada salah seorang menteri Kabinet iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30.
Pelakon drama rantaian, Yess Boss itu bagaimanapun, menafikan sekeping lagi gambar berdua-duaan yang dipercayai dirakam di dalam sebuah bilik bersama Syed Abdullah adalah dirinya.
Emma turut menafikan sekeping lagi gambar berdua-duaan yang dipercayai dirakam di dalam sebuah bilik bersama Syed Abdullah adalah dirinya.
“Yes akak, tu Emma. Just gambar dalam bilik bukan. Rambut pun tak sama. I’m sorry ya,” katanya ringkas.
Terdahulu, Kosmo! Online menerima sekeping gambar yang didakwa mirip Emma dan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama Syed Abdullah. Malah, pada 19 Januari lalu, Emma ada memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai dengan ucapan selamat hari jadi.
sumber : K! ONLINE