Selesai! Armin & Ziana Zain Sah Bercerai Talak Satu

Posted on

Kemelut rumahtangga penyanyi Ziana Zain akhirnya bertemu titik noktah apabila suaminya, Armin Zaharin Ahmad melafazkan cerai talak satu hari ini. Armin membuat lafaz itu pada pukul 2.45 petang dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Menurut Ziana, dia sudah lama memaafkan bekas suami di atas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan mereka dan turut meluahkan rasa syukur.

“Saya tidak pandai simpan dendam. Saya bukan orang jenis begitu. Saya bersyukur semuanya selesai dengan tenang dan aman hari ini.

“Syukur kepada Allah berkat kesabaran saya semuanya selesai dengan baik dan tenang. Sukar untuk saya tafsirkan air mata ini. Apa-apa pun, sama-sama doakan yang terbaik untuk hari mendatang,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini dunia hiburan dikejutkan dengan berita suami Ziana Zain, Armin Zaharin ditahan kerana memukul anaknya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

sumber :BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.