Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 Secara Online | Pengumuman Buget 2020 baru-baru ini telah mengembirakan rakyat Malaysia terutama pasal Program Subsidi Petrol (PSP) 2020. Berita ini diterima baik oleh seluruh rakyat. Penerima Bantuan Sara Hidup Automatik dapat Subsidi Petrol ini.
Anda boleh semak kelayakan skim ini bermula 15 Oktober di portal rasmi KPDNHEP.
Bantuan tunai akan disalurkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali. Ya.. setiap empat bulan sekali.
Penerima yang layak mendapat kadar subsidi adalah sebanyak RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motosikal yang dikira setiap bulan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PSP bertujuan bagi menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan.
Baca : Cara Membuat Simpanan Peribadi di KWSP/i-Saraan
Skim PSP ini, bantuan terus disalurkan hanya kepada golongan yang layak sahaja iaitu warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan tersebut. Namun bagi yang tidak layan boleh kemukakan Rayuan.
Namun begitu, penerima BSH perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan oleh KPDNHEP iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,6000 yang berumur 10 tahun ke atas.
Bagi motosikal pula, kategori yang layak hanyalah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun ke atas.
Program Subsidi Petrol ini dijangka bakal dinikmati oleh 2.8 juta penerima BSH dengan anggaran RM65.4 juta sebulan diperuntukkan.
Syarat Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020
Berita gembira, orang ramai boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol di portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober.
Jika anda ingin mengemaskini data atau maklumat peribadi sila klik “Kemas kini”
**Bukti Pengumuman Subsidi petrol klik “DISINI”
Permohona untuk Rayuan
Disini terdapat beberapa sebab yang permohonan subsidi petrol anda gagal, diantaranya:
- KOD01 – Tiada rekod sebagai penerima BSH
- KOD02 – Alamat pemohon di Sabah / Sarawak
- KOD03 – Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ
- KOD04 – Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan
- KO05 – Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan
Oleh itu, untuk buat permohonan rayuan bagi setiap kod alasan tersebut, anda boleh klik pada butang “Ingin Merayu” dan isi semula permohonan anda supaya memenuhi syarat kelayakan subsidi petrol 2020.
Sekiranya terdapat persoalan lain, anda boleh hubungi talian hotline PSP di nombor 1-800-886-800 atau melalui WhatsApp 019-278 6356.
Semoga artikel Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 dapat membantu anda dalam memahami dan memohon atau menyemak kelayakaan SUBSIDI PETROL 2020.
Baca : Cara Memohon Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam