Semak Permohonan Skim Pinjaman TEKUN Nasional 2019 | Pening tiada modal untuk memulakan sesuatu perniagaan. Dengan adanya Skim Pinjaman TEKUN Nasional anda tak perlu risau. Tekun akan membantu anda untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dan memudahkan anda untuk menggunakan modal permulaan.Kita sudah sedia maklum, TEKUN Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.
Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Kini, TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan & sokongan serta membuat jaringan usahawanan.
BACA :Semak 5 Langkah Mudah Untuk Mendapatkan Pinjaman Peribadi 2018
Kandungan
PERMOHONAN SKIM PINJAMAN TEKUN NASIONAL 2019/2020
BORANG PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN NASIONAL
● Bagi yang berkelayakan untuk memohon pinjaman TEKUN Nasional tahun 2018, anda boleh mendapatkan borang permohonan pinjaman TEKUN Nasional di mana-mana Pejabat TEKUN Kawasan, Pusat Perkhidmatan Bergerak (TEKUN Mobile) atau di mana-mana kaunter perkhidmatan TEKUN Nasional.
● Borang permohonan pinjaman TEKUN Nasional hendaklah dihantar ke Pejabat TEKUN kawasan parlimen di lokasi premis perniagaan atau projek anda.
JUMLAH PINJAMAN TEKUN NASIONAL
Skim Pinjaman Mikro
Jumlah Pinjaman : RM1,000 – RM5,000
Tempoh Bayaran : Sehingga 3 tahun
Skim Pinjaman Kecil
Jumlah Pinjaman : RM10,000 – RM50,000
Tempoh Bayaran : Sehingga 5 tahun
Skim Pinjaman Sederhana
Jumlah Pinjaman : RM50,000 – RM100,000
Tempoh Bayaran : Sehingga 10 tahun
Nota Penting : Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh. Maklumat lanjut, sila layari http://www.tekun.gov.my/ms/kaedah-bayaran-balik/.
SYARAT KELAYAKAN ASAS PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL
- Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
- Pemohon bukan seorang muflis.
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Mempunyai lesen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile).
- Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan.
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
- Had modal berbayar tidak melebihi RM300.000.
- Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
- Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project).
- Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
- Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran.
- Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
Kesimpulannya, jika anda kekurangan modal, bolehlah memohon pinjaman dengan tekun, mudah jimat dan infektif. Semoga artikel pinjaman dari tekun ini sangat bermanfaat kepada anda semua. Jangan lupa tinggalkan komen ya.
sumber : TEKUN
Artikel Berkaitan : Kelebihan Simpan Emas Dan Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu 2018