Bergelar selebriti setiap tindak-tanduk, pergaulan dan penampilan pasti akan menjadi perhatian ramai. Bukan mudah untuk memuaskan hati orang ramai dan perlu bersiap sedia dengan kata-kata yang dilemparkan oleh netizen.
Beru-baru ini pelakon cantik Fasha Sandha dikritik teruk oleh netizen apabila dia memuat naik gambar memakai pakaian yang kurang sopan dan seksi.
Namun, Fasha dilihat ‘kalis’ kecaman netizen apabila dia memuat naik gambar beserta kepsyen memberitahu bahawa orang ramai tetap akan bercakap tentang dirinya walaupun dia melakukan perkara baik.
Kepsyen tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen yang memberikan nasihat dan teguran mengenai tindakannya itu. Ada juga yang memberikan kisah pengajaran tentang kematian.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa terkejut dengan penampilan Fasha yang dilihat tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang ibu.
Mungkin Fasha Sandha sendiri boleh mengambil teguran yang diberikan jika kena pada gayanya, netizen pun janganlah terlalu cepat menghukum seseorang hanya kerana tidak bersetuju gaya pemakaian seseorang selebriti itu.